Wednesday, October 30, 2013

Hairie Menangis Tak Berlagu


Semakin ramai artis dan juga individu yang sebelum ni diangkat melangit oleh puak-puak pembangkang di setiap kempen pilihanraya terus tersisih. Dah dapat madu sepah di buang. Perguna 'populariti' individu tersebut lepas tak laku di buang begitu sahaja. 

Sebabnya individu tersebut sudah tidak lagi sesuai dijadikan "alat" untuk kempen memancing undi. Begitulah terjadi kepada Hairie yang sudah dipakai oleh PAS untuk kempen-kempen beberapa PRK sebelum ini. 

Soalnya sekarang betul ker si Hairie ni popular? Mungkin PAS sudah menilai sendiri yang mamat ni tidak menepati KPI yang diharapkan. Lagi pun ramai mengatakan yang si Hairie ni masuk PAS hanya untuk mengejar semula popularitinya. Nak merasa sekali lagi bagaimana dijulang dan digilai para peminat ketika di dalam dunia hiburan.

Berita mengenai rintihan syahdu si Hairie ini disiarkan oleh sebuah akhbar ketika cuba mendapatkan penjelasan mengapa tidak lagi terlibat dengan apa-apa aktiviti parti anjuran Pakatan pembangkang. 

"Saya tidak mahu komen apa-apa tentang ini, buat masa sekarang saya tidak terlibat dengan apa-apa kempen atau ceramah Pakatan Rakyat termasuk Pilihan Raya Kecil yang sedang berlangsung di Yan Kedah," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Hairie berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penglibatannya dalam kempen untuk parti pembangkang dalam PRK, DUN Sungai Limau yang akan berlangsung pada 4 November depan.

“Saya tak mahu komen. Sampaikan kepada bos kamu,” tambahnya

Pembangkang memang oportunis kerana gemar mengambil kesempatan ke atas sesuatu isu atau individu untuk dijadikan "ALAT" murahan dalam kempen berpolitik. Lihat sahaja Tamrin? Azlan Mohd Lazim bapa kepada Saiful Bukhari? Bagaimana pengakhiran mereka? Terus terbuang seperti barang tidak bernilai.

Bukan rakyat yang menganiaya mereka. Parti yang mereka junjung dan taksub yang meletakkan mereka di kedudukan hina seperti sampah. Jadi Hairie tak perlulah menyalahkan sesiapa apabila jalan yang dipilih terletak di tangan sendiri. Mungkin beliau punya kesempatan untuk memperbetulkan diri dari terus terlibat dengan politik jijik pembangkang.  

No comments:

Post a Comment