Thursday, October 24, 2013

Rompak & Bunuh!! Pengawal Bank DIBURU!


Kita dikejutkan dengan berita rompak dan bunuh yang dilakukan oleh seorang pengawal di sebuah bank di USJ, Selangor. Suspek yang bersenjatakan 'pump-gun' telah melepaskan tembakan sekaligus meragut nyawa salah seorang kakitangan bank terbabit.

Kejadian berlaku kira-kira 6.15 petang semalam di mana tiga pekerja bank diiringi pengawal keselamatan terbabit untuk mengeluarkan wang daripada bilik kebal. Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, suspek berusia 37 tahun melepaskan tembakan ketika kakitangan sedang membuka pintu besi bank.

"Tembakan berkenaan mengenai wajah salah seorang pekerja, menyebabkan hampir separuh mukanya berkecai," katanya.

Kejadian berlaku begitu pantas, suspek sempat mengaut sejumlah wang ke dalam beg sandang kemudian melarikan diri melalui pintu depan bank dan menaiki sebuah motosikal. 

Abdul Rahim berkata, suspek yang berkhidmat dengan syarikat kawalan keselamatan itu sejak setahun lalu biasanya bertugas di bank bersebelahan, namun semalam menggantikan rakan setugas di bank terbabit.

Apa yang tidak diterima Perisik adalah bagaimana pihak syarikat pengawal gagal meneliti latar belakang suspek yang sudah setahun bekerja? Kerana kad pengenalan suspek didapati tidak wujud dalam rekod?!! Adakah pihak bank juga harus dipersalahkan kerana membenarkan pengawal lain dari kebiasaan bertugas di sana?

Sekarang bukan sahaja suspek, malah rakan suspek yang bertugas di bank terbabit juga perlu disiasat?! Seolah-olah ada satu komplot sedang berlaku?? Kerana dia menggantikan rakan setugasnya!  

Mungkin ini semua sekadar tekaan perisik, namum kita tidak dapat mengenepikan sebarang kemungkinan memandangkan suspek kini masih bebas bersama senjata api.

Dan perisik tidak mahu terus menunding membangkitkan kesilapan syarikat pengawal atau institusi bank. Apa yang kita mahu adalah mengelakkan perkara seperti ini daripada berulang. 


No comments:

Post a Comment