Thursday, October 24, 2013

Pengangkutan Awam Medium Pengangkutan Utama Kakitangan SPAD !


Bila sudah menjadi sebuah badan yang menjaga hal ehwal pengangkutan awam. Menjadi satu kewajipan bagi para kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menunjukkan contoh terbaik kepada orang ramai.

Ya lah, SPAD digambarkan sebagai sebuah organisasi yang bergitu hebat komited dalam memastikan pembentukan dasar serta penguatkuasaan undang-undang pengangkutan awam dilaksana dan berada pada tempatnya. 

Maka para kakitangannya sudah tentu perlu mengetahui sedikit sebanyak mengenai perkembangan pengangkutan awam darat. Kata orang menyelami gaya hidup rakyat dengan merasai sendiri bagaimana perkhidmatan awam di negara ini beroperasi.

Bila merasai sendiri, barulah kita dapat mengesan di mana kelebihan dan kekurangannya? Bagaimana untuk mengatasi kelemahan dan juga strategi untuk menerapkan kebaikan ke setiap medium pengangkutan awam yang ada. Selain itu , ia juga mampu melahirkan idea bernas yang mampu menyumbang kepada keselesaan pengguna dan juga penyedia perkhidmatan.



Kalau tak pernah naik pengangkutan awam, memang susahlah hendak menjelaskan atau mencari penjelasan. Nak cakap apa pun tak reti! Nak tanya apa pun tak tau! Kalau ini terjadi, sedikit tercalarlah kredabiliti SPAD. 

Akan tetapi, ia tidak sama sekali dibiarkan berlaku, kerana Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Kamal memastikan kakitangannya peka dan sentiasa kemaskini data berkaitan pengangkutan awam.



"Kami kerap melakukan kaji selidik dan mendapatkan maklum balas secara berkala dari orang awam. Majoriti orang awam merasakan sendiri peningkatan kualiti perkhidmatan  LRT dan komuter." kata Mohd Nur Ismal

"Kualiti perkhidmatan bas turut diperbaharui terutama bagi memperbaiki jaringan perkhidmatan bas di Kuala Lumpur" tambah beliau.

Ramai kakitangan SPAD yang menggunakan perkhidmatan bas, komuter, rel STAR, PUTRA dan monorel untuk ke perjabat SPAD. Jadi tidak hairanlah lokasi KL Sentral menjadi ibu pejabat kerana mempunyai semua kemudahan tersebut dan ini membolehkan maklumat dikumpul dengan pantas.



"Dari awal penubuhan sehingga kini, SPAD sudah mempunyai sejumlah 700 hingga 800 kakitangan di seluruh negara dan kadar penggunaan perkhidmatan awam amat tinggi dikalangan kami" Ujat Mohd Nur Ismal.

2 comments:

  1. Asyik nak naik tambung pengangkutan awam yg dinaiki rata2 oleh golongan pendapatan rendah. inilah legasi UMNO buat 6 dekad. Untuk Melayu samseng dan bodoh je.

    ReplyDelete
  2. Anon 8:08, jgn sempitkan fikiran anda. Kenaikan tambang rata-rata didesak oleh syarikat pengusaha pengangkutan awam sendiri setiap tahun. Manakala kelulusan 'perlu atau tidak' adalah mengikut kajian terperinci kerajaan.

    Sudah beberapa tahun kerajaan menolak kenaikan TETAP tambang pengangkutan awam yg dipohon syarikat pengusaha. Setakat ini kerajaan hanya meluluskan kenaikan tambang SEMENTARA (60hari) terutama pada musim perayaan sebagai timbal balik membantu syarikat pengusaha dari terbeban dengan kos operasi.

    Jangan lupa syarikat pengusaha dan kakitangannya juga rakyat Malaysia! Jadi kerajaan perlu mengambil keputusan menang-menang iaitu dengan menghalang kenaikan TETAP selama bertahun-tahun ini demi kesejanteraan rakyat umum; dan memberi kenaikan SEMENTARA demi kesejahteraan rakyat yang bekerja di syarikat pengusaha bas dengan pendapatan rendah dan sederhana.

    Perlu juga fahami kesan berangkai harga PASARAN DUNIA terhadap beberapa bahan lain seperti petrol, alat ganti dll. Kerana ini juga salah satu faktor utama yang mempengaruhi harga tambang pengangkutan awam dan ia diluar kawalan kerajaan.

    Belapang dada dan bukalah minda. Kerajaan memerintah tidak tergamak menganiaya rakyat. Jadi janganlah kita menganiaya kerajaan dengan fakta yang kabur. Khuatir ia akan menjadi fitnah!

    ReplyDelete