Wednesday, October 23, 2013

Brunei Laksana Hudud!


Brunei akan mula melaksanakan hukum hudud secara berperingkat-peringkat. Cuma disini cara perlaksanaannya belum dapat perisik perincikan. Memanglah perlaksanaan akan berlandaskan hukum Islam yang sudah ternyata jelas dalam Al-Quran dan Sunnah.

Perkara yang harus kita teliti adakah hukum ini turut akan terlaksana kepada bukan Islam! Tapi apa yang pasti jika Brunei melalui pemerintahnya Sultan Hassanal Bolkiah telah mengumumkan secara rasmi mengenai perlaksanaan hukum hudud ini di negara terbabit.



Penguatkuasaan undang-undang hukum hudud ini bermakna Brunei sudah bersedia dengan sistem perlaksana. Iaitu sudah mempunyai Hakimnya, Mahkamahnya, Tempat Hukuman dan sebagainya. 

Hukuman hudud akan dilakukan dihadapan orang ramai supaya menjadi pengajaran dan peringatan buat semua.

1 comment:

  1. Janganlah terkeliru sehingga mancampuraduk hukuman Allah dengan hukuman jahiliyah. Hukuman Allah amatlah adil dan mempunyai batasan-batasan dalam melaksanakannya.

    Ketahuilah bahwasanya hukuman bagi sipenzina bukanlah hukum rejam sehingga mati, dan hukuman bagi sipencuri bukanlah potong tangan sehingga putus.

    Hukuman harus berdasarkan hanya pada kitab Allah sahaja iaitu Quran, dan bukan pada kitab-kitab lain hasil tangan manusia.

    Ingat pada firman Allah,

    Sesiapa saja yang tidak memperdulikan mesej dari yang Maha Pengasih, kami akan melantik seorang syaitan menjadi teman yang tetap untuknya. (43:36)

    Teman teman yang sedemikian, akan memalingkan mereka dari jalan (kebenaran), dan membuatkan mereka percaya yang mereka itu telah dibimbing. (43:37)

    ReplyDelete