Thursday, October 31, 2013

Lori Lebih Muatan DiDenda 500,000!


Kedegilan para pemandu lori yang membawa lebih muatan telah mengakibatkan kerosakan jalan raya yang teruk sehingga membahayakan pengguna terutama pembonceng motosikal di negara kita.

Perkara ini semakin kerap berlaku di laluan kawasan perumahan Puchong menghala ke Putra Perdana sehingga ke Cyberjaya. Di mana penduduk sekitar rata-ratanya sudah bosan dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab pemandu lori ini.

Keluhan penduduk ini tidak dipandang sepi oleh Kerajaan apabila agensi penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menggerakkan operasi khas iaitu "Ops Hippo".

"Ops Hippo" ini dijalankan secara bersepadu bersama SPAD-PDRM dan diketuai oleh Pengurus Besar Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Mej Jen (B) Dato Che Hasni. Sejumlah lima pegawai dan 30 anggota PDRM manakala SPAD tujuh pegawai dan 56 anggota terlibat dalam operasi ini.



Perisik difahamkan sebanyak 17 pemandu berjaya ditahan atas kesalahan membawa muatan 170 peratus lebih berat daripada berat muatan yang dibenarkan mengikut undang-undang. Lori yang paling ringan yang melanggar peraturan pula membawa muatan melebihi 34 peratus daripada yang dibenarkan.

Macam mana tak jahanam jalan raya kat Malaysia ni. Rakyat bayar cukai, pemandu lori ni semua senang-senang jer jahanamkan.



Disebabkan sikap pemandu lori ini, SPAD akan membawa kes-kes berkenaan kepada Timbalan Pendakwaraya dan mendakwa syarikat pemandu-pemandu lori itu di bawah Seksyen 57 Akta Pengangkutan Awam Darat.

"Sekiranya disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM500,000, atau penjara sehingga dua tahun ataupun kedua-duanya sekali," katanya.



Menurut Che Hasni, sejak 2011 hingga setakat ini, SPAD sudah menangkap tidak kurang daripada 1,800 lori kerana kesalahan membawa muatan berlebihan.

No comments:

Post a Comment