Thursday, October 31, 2013

Hadi Awang Dimalukan Pas Kedah


Program Tok Guru masuk bendang sepatutnya menjadi plot permainan politik Pas bagi menimbulkan persepsi dikalangan rakyat kononnya Hadi Awang menyelami cara hidup masyarakat setempat.

Gambaran ini juga ingin dijadikan senjata buat Pas untuk memberitahu masyarakat yang pemimpin UMNO sendiri tak sanggup berlumpur atau tidak menjiwai rakyat Sg Limau.

Betul ke Pas berjaya menjiwai rakyat. Jawapannya TIDAK. Kerana rakyat Sg Limau sendiri pelik dengan cara pemimpin Pas buat kerja di bendang. Kuno! Kata penduduk.

Sebab pesawah zaman sekarang sudah dibekalkan oleh Kerajaan dengan pelbagai kemudahan jentera bagi memudahkan kerja-kerja bersawah. Dari proses membajak, pengairan, menabur benih dan menuai semuanya guna jentera.

Tapi pemimpin Pas, ingin mengajak rakyat hidup keterbelakang pula. Orang Pas kata ini Gimik! Gimik pun biarlah kena dengan caranya. Apa Pas sepenggal di Kedah tak pernah bagi mesin atau jentera kepada penduduk ke?!

Kesudahannya gimik yang sepatutnya menjadi senjata kempen persepsi buat Pas. Berubah menjadi program yang memalukan Presiden Pas sendiri. Buktinya telah tersiar di dalam akhbar rasmi mereka Haramkah.



Bila diperhatikan, seolah-olah ada komplot untuk menjatuhkan Presiden Pas melalui Haramkah. Apa nak pelik, memang semakin jelas gerakan sulit yang sedang dilakukan oleh syiah-sekular parti bulan untuk menghapuskan golongan ulamak Pas.

Kata orang kalau nak bunuh ular, penggal kepalanya. Sekarang siapa di dalam Pas yang cuba-cuba nak penggal Hadi?

No comments:

Post a Comment