Saturday, December 15, 2018

Tambahan Kerusi PPBM Ancaman Buat PKR-DAP!


Sebelum PRU14 bagi mencandukan para pengundi. Pakatan mencanang jika menang PRU tol akan dihapus, minyak akan turun, hutang Felda hapus, hutang PTPTN mansuh, harga barang turun dan macam-macam lagi janji.

Lepas sahaja menang, tiada satu janji yang berjaya dilaksanakan. Kini lahir pula candu versi baru iaitu kena capai 2/3 kerusi pula untuk laksana? 

Adakah rakyat bakal ditipu sekali lagi?
Ketara sekarang kalangan Ahli Parlimen UMNO tertipu terlebih dahulu. Cuma belum sedar.


Apakah matlamat 2/3 kerusi ini menguntungkan rakyat? Atau sebenarnya menguntungkan Pakatan bagi membolehkan mereka merubah dasar-dasar dengan mudah? 

Atau....ia satu batu loncatan buat PM, Tun Mahathir dalam mengukuhkan kedudukan PPBM terutama anaknya Mukhriz Mahathir dalam Pakatan.

Situasi ini memberi tamparan hebat buat DAP sehingga turut sama kelam kabut menjemput UMNO untuk lompat ke parti mereka. 

PKR sebenarnya lebih terkesan apabila sokongan parti yang sudah terbahagi dua kem dimana satu kem condong kepada Tun Mahathir.

Lucu bila mengenangkan PKR yang lahir dari era reformasi melawan Tun Mahathir. Kini menjadi pejuang untuk Mahathir. Matlamat menjatuhkan Mahathir sudah menjadi kepada menjulang Mahathir.

Apa-apa pun tambahan kerusi akan terus berlaku sehingga hujung bulan ini. PKR-DAP cuba tampak tenang, sebenarnya sudah mula membuat percaturan sulit bagi merencana plan A, B dan C bagi menghadapi kelicikan Mahathir.

Warna-warni pertembungan kem anti Mahathir dan pro Mahathir akan kelihatan sikit masa lagi. Sudahkah anda bersedia menghadapi kejutan itu nanti? (Soalan buat ahli PKR-DAP).

No comments:

Post a Comment