Sunday, October 27, 2013

PAS terus lacur maruah aniaya orang lumpuh pula!


Sebelum ini kita telah didedahkan oleh kejelikan calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat yang menipu pengundi Sungai Limau bahawa dia ada pertalian keluarga dengan bekas Menteri Besar Kedah, arwah Azizan.

Tidak cukup dengan mengambil kesempatan ke atas orang yang telah meninggal dunia. Pas terus melacur maruah dengan mempermainkan dan menganiaya orang lumpuh pula.

Difahamkan orang yang lumpuh itu merupakan ayahanda Menteri di JPM, Datuk Jamil Khir Baharom iaitu Baharom Ramli, 77.


Menziarahi saudara sesama Islam yang sedang sakit merupakan sunnah yang digalakkan sesama umat. Akan tetapi mengambil kesempatan dengan tujuan mempergunakan si pesakit demi kepentingan peribadi merupakan satu tindakan yang zalim.

Itulah Pas, yang sedang terdesak merekayasa cerita bagi tujuan kempen DUN N20. Kehadiran Pas yang diketuai oleh Mahfoz melawat Baharom, bukannya datang kosong. Tapi bersama fitnah. Fitnah jijik yang memerangkap Baharom ketika mengaminkan doa dibaca oleh Pas di kediamannya di Kg Sedaka, Kedah.

Selaku tuan rumah, Baharom tidak akan menolak kehadiran saudara Islam yang ingin datang menziarahnya. Apa yang dibualkan sudah tentu merupakan satu sesi spontan dan luarjangka.

Begitulah jadinya ketika doa dibacakan. Bukan sahaja Baharom, malah sesiapa juga tidak dapat menjangkakan isi doa yang akan dilafazkan oleh Pas.


Peluang ini direbut oleh puak pembangkang dengan mengatakan Baharom mahu Pas menang. Baharom ternyata terkejut dengan dakwaan itu dan beliau menafikan sekeras-kerasnya kenyataan tersebut.

Pas boleh mencanang puas-puas kononnya Baharom mendoakan kemenangan mereka. Makbul atau tidak doanya biar Allah yang menentukannya.

Tapi apa yang pasti doa orang yang teraniaya dipermainkan oleh Pas seperti Baharom akan termakbul. Wuallahhualam!

No comments:

Post a Comment