Friday, October 25, 2013

"Calon PAS..Terima Kasih Kerana KENCING Kami"


Begitulah ucapan sinis yang dapat diluahkan oleh para pengundi Sg Limau setelah ditipu hidup-hidup oleh Calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat. Para pengundi dapat melihat dan menilai sendiri bagaimana taksubnya PAS dalam mengejar kekuasaan.

Ramai pengundi terkejut apabila mengetahui Mohd Azam ini tidak mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak seperti yang dicanang PAS. Lihat! tergamak mereka mempergunakan dan menjaja nama orang yang telah meninggal dunia demi kepentingan peribadi.



Hakikatnya Azam mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Dato' Phahrolrazi Mohd Zawawi iaitu bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah yang juga musuh politik Allahyarham semasa menjadi Menteri Besar Kedah.

Rasa tidak puas hati ini mula kedengaran dikalangan adik beradik arwah Azizan sendiri yang mempertikai tindakan calon PAS berbohong kepada wartawan Sinar Harian kononnya beliau ada pertalian saudara dengan keluarga Allahyarham.

Adakah ciri-ciri pemimpin kaki kencing seperti ini yang pengundi Sg Limau mahukan?  


"Kalau mati, baru aku tengok Azizan" kata Phahrolrazi

Bertapa sombongnya Phahrolrazi dengan Allahyarham Azizan. Jangan biarkan PENIPUAN dan KESOMBONGAN PAS meresap masuk ke dalam DUN Sg Limau. HIJRAH dan undilah calon BARISAN NASIONAL!

Sumber: SINI

No comments:

Post a Comment