Kalau dilihatkan pada aksi, kaki dan tangannya semua cukup sifat tapi disalahguna untuk lakukan jenayah. Bengongnya dicopetnya duit sebuah masjid di Shah Alam yang sama selama berbulan-bulan.
Pak imam, bendahari dan nazir masjid konpem perasan kutipan tabung masjid macam ada tak kena beberapa bulan kebelakangan ni. Jadi dipasangnya kamera litar tertutup (CCTV) bagi mendapat kepastian punca kepada kekurangan digit dalam kutipan tabung.
Snap! Terakamlah aksi toyol bersusuk dugong sedang leka memancing tabung masjid dengan hanya berbekalkan pita pelekat dan lidi. Dirembat bukan sikit, tapi beratus-ratus ringgit. Kisah toyol dugong ni berakhir setelah diberkas oleh pihak polis.
Dengan hanya menggunakan sebatang besi nipis yang ditampal dengan pita pelekat, lelaki terbabit akan memasukkan besi berkenaan ke dalam lubang yang terdapat pada tabung dan mampu memperoleh ratusan ringgit setiap kali ‘memancing’.
Lelaki berusia 37 tahun itu bijak menyembunyikan niat jahatnya dengan berlagak seperti jemaah mahu menunaikan solat termasuk memakai kopiah sebelum menjalankan kegiatannya.
Menurut sumber, lelaki itu akan datang ke masjid berkenaan seorang diri kira-kira jam 11 malam berikutan keadaan masjid yang lengang kerana jemaah sudah pulang selepas solat.
No comments:
Post a Comment