Tuesday, January 20, 2015

Tiga Strategi Kerajaan Pastikan Ekonomi Malaysia Terus Kukuh!!


Ekonomi dunia yang tidak menentu dengan harga minyak mentah yang terus jatuh sedikit sebanyak telah menjejaskan Malaysia. Pendapatan utama negara sememangnya dari jualan dan cari gali minyak mentah. Namun dengan harga semasa iaitu USD50 setong telah mengecilkan pendapatan negara, malah operasi cari gali juga dilihat tidak menguntungkan buat masa ini.

Majoriti negara-negara pengeluar minyak mentah dunia dilihat enggan menurunkan kadar pengeluaran minyak mentah supaya harga minyak kembali ke paras USD70-100 setong. Rata-rata negara yang mempunyai simpanan rizab minyak yang besar terus kekal dengan kadar pengeluaran tinggi sehingga menjejaskan negara-negara yang mempunyai rizab minyak kecil. 

Tidak cukup dengan itu, bencana banjir yang melanda Malaysia terutamanya Pantai Timur telah mengakibatkan kerugian RM2 billion. Pelbagai bantuan dalam bentuk dana, barangan dan tenaga kerja dihulurkan kerajaan bagi memulihkan lokasi terjejas banjir. 

Jika dilihat kepada angka besar kerugian banjir serta pola ekonomi dunia ini! Kerajaan telah mengetengahkan tiga strategi penting bagi memastikan kemampanan ekonomi Malaysia untuk mengharungi persekitaran yang mencabar tahun ini. Berikut adalah strategi kerajaan yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Turn Razak di Pusat Konvensyen Putrajaya:

Strategi I
Mempastikan pertumbuhan ekonomi yg seimbang, inklusif dan mampan

i. Mempromosi secara aktif perkhidmatan gantian-import spt perkapalan, perkhidmatan, pelabuhan, pendidikan dan profesional. Tujuan bg mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar

ii. Segerakan perlaksanaan cadangan drp National Export Council - membantu pengeksport PKS untuk mendapat projek2 baru, mempergiat promosi eksport di 46 negara meliputi Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika, memperkenalkan SME-Go dan memanfaatkan Dana Perkhidmatan Eksport serta program promosi PKS ke luar negara

iii. Menambah baik last mile connectivity ke Pelabuhan Klang spt jln masuk, jaringan landasan dan sistem pengurusan trafik, menaik taraf terminal kereta api Padang Besar, menambah baik kecekapan operasi proses import - eksport, menubuhkan sistem hab dan jaringan perhubungan udara

iv. Mempergiat keseluruhan industri pelancongan negara

v. Mengambil langkah untuk kaji semula kadar levi ke atas pekerja asing

vi. Visa percuma kpd pelancong asing terutama drp China

Bagi meningkatkan penggunaan swasta, langkah tersebut diambil :-

a) Beri keutamaan kepada kontraktor kelas F, E dan D yg berdaftar dgn CIDB untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih di kawasan terjejas akibat banjir

b) Mempergiat promosi pembelian barangan buatan Malaysia

c) Meningkatkan kekerapan dan memanjangkan tempoh operasi jualan mega di seluruh negara

d) Mempergiat promosi pelancongan domestik dgn menawarkan tambang penerbangan yg kompetitif

e) Menggalakkan sektor swasta meraih peluang drp pewujudan komuniti Ekonomi Asean

Untuk merancakkan pelaburan swasta, kerajaan akan :-

i) Menubuhkan Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan berjumlah 5 Bilion kpd PKS dalam sektor perkhidmatan dan pembiayaan maksimum RM 5 juta dan jaminan kerajaan sbyk 70%

ii) Menggalakkan GLC dan GLIC melabur dalam negara

iii) Mengurangkan kos kendalian perniagaan melalui penangguhan cadangan kenaikan tarif elektrik dan harga gas untuk industri pd 2015.

iv) Memperuntukkan 30 % drp perbelanjaan tahunan agensi kerajaan dan GLC utk perolehan bekalan dan perkhidmatan kpd PKS tempatan

v) Mempergiat penggunaan bahan, barangan dan perkhidmatan dlm perolehan kerajaan

Strategi II
Meneruskan Fiscal Reform and Consolidation

Untuk meningkatkan hasil kerajaan, langkah yg diambil :-

i) Meluaskan asas percukaian dgn menggalakan lebih byk syarikat berdaftar dgn Kastam, ini bg meningkatkan hasil kutipan GST

ii) Meningkatkan kutipan dividen drp GLC dan GLIC serta Badan Kerajaan lain - 400 juta

Langkah rasionalisasi perbelanjaan :-
i) Mengoptimumkan perbelanjaan ke atas bekalan dan perkhidmatan, penganjuran majlis dan mesyuarat - jimat 1.6 Bilion

ii) Menangguhkan PLKN 2015 - jimat 400 juta

iii) Kaji semula pemberian dan geran kpd Badan Berkanun Persekutuan, GLC dan Tabung Amanah Kerajaan - jimat 3.2 Bilion

iv) Menjadualkan pembelian aset tidak kritikal spt peralatan pejabat, perisian dan kenderaan - jimat 300 juta

Strategi III
Penyediaan Bantuan kepada rakyat dan komuniti perniagaan serta membina semula infrastruktur yg terjejas akibat banjir

i) Peruntukkan terkini yg diluluskan - 787 juta kpd MKN

ii) Peruntukan awal 800 juta untuk baiki dan bina semula infrastruktur asas spt sekolah, hospital, jalan raya dan jambatan

iii) Sedia 893 juta untuk projek tebatan banjir 2015

iv) Membina rumah kampung bertiang kpd mangsa banjir yg mempunyai tanah sendiri, termasuk juga menyerahkan 1000 unit rumah kos rendah yg sudah siap di Gua Musang, bantuan RM 500 kpd setiap mangsa dan RM5000 kpd ahli keluarga yg meninggal dunia

v) Bg perniagaan yg terjejas, tambahan RM 100 juta untuk TEKUN dan Amanah Ikhtiar Malaysia bg sediakan pinjaman mudah kpd PKS

vi) BSN, Agro Bank, SME Bank, Tekun dan AIM akan tangguhkan bayaran balik pinjaman sehingga 6 bulan

vii) Bank Negara akan tubuhkan Special Relief Facility berjumlah RM 500 juta untuk menyediakan pembiayaan pinjaman SME pd kadar 2.25 peratus serta penangguhan tempoh byrn balik sehingga 6 b

No comments:

Post a Comment