Tuesday, October 29, 2013

Pas Sebar Auta!! Muhyiddin Pulak Pi Minta Maaf !?


Punyalah berjiwa rakyat TPM kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tak buat salah pun minta maaf secara terbuka. Ini berikutan kenyataan beliau tempoh hari yang menyentuh mengenai pemansuhan subsidi gula, penyakit kencing manis dan bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Kenyataan beliau tersebut telah membuatkan puak Pas meroyan yang sedang terdesak mencari peluang untuk mencari silap kerajaan. Jadi kenyataan TPM ini menjadi alasan bangang pembangkang untuk dipolitikkan bagi mengelirukan rakyat. 

Pada pendapat perisik, tiada apa yang salah dari kenyataan Muhyiddin tempoh hari. Kerana jika kita perhatikan, beliau menyebut mengenai pemansuhan gula setelah pembentangan bajet 2014 oleh YAB PM minggu sudah. Itu adalah FAKTA!

Kemudian beliau menyebut mengenai gula sebagai punca kencing manis. Rasa satu Malaysia tahu pasal ni sebab ianya adalah FAKTA! Pada masa sama beliau menyebut mengenai arwah Azizan yang mempunyai penyakit kencing manis ketika hidup dan kemudian kakinya dipotong. Itu pun Fakta dan Fakta! 

Apa yang perlu kita faham, Muhyiddin tiada niat menghina atau memperkecilkan arwah bekas Menteri Besar melalui Fakta yang disebutkan tadi. Tetapi apa boleh buat. Puak Pas lebih suka terus melemparkan Auta menipu rakyat berbanding Fakta sahih. 

Buktinya Pas sendiri telah melakukan beberapa siri Auta di dalam kempen PRK ini sahaja. Lihat sahaja calon Pas, Mohd Azam yang menipu rakyat kononnya mempunyai pertalian kekeluargaan dengan arwah Azizan. Tidak cukup dengan itu Pas menyebarkan pula gambar Palsu kononnya calon bersama arwah Azizan.


sinar-kantoi-513

Rakyat pun dah tahu yang Mohd Azam ni adalah anak saudara kepada Datuk Phahrolrazi yang merupakan seteru arwah Azizan. Sekarang rakyat nilailah sendiri manusia jenis apa yang tergamak untuk mempergunakan nama orang yang telah meninggal dunia sebagai alat menipu rakyat.



Kalau yang telah meninggal dunia pun mereka boleh jadikan ALAT! Bagaimana pula dengan yang masih hidup seperti para pengundi semua! Jadi memang janggal rasanya apabila PAS yang galak kempen memfitnah serta menipu rakyat! Tetapi Muhyiddin pula yang minta maaf!



No comments:

Post a Comment