Friday, October 18, 2013

Azalina Tinggalkan Parut Buat Pembangkang


Track rekod Datuk Sri Azalina Othman selaku Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian Pengerang tidak harus dipertikaikan lagi. Penzahiran tugasan beliau dalam memperjuangkan hak rakyat serta merealisasikan aspirasi parti ke peringkat nasional bukan sesuatu yang asing bagi rakan dan lawan di arena politik. 

Rakyat Malaysia sendiri menjadi saksi akan kelantangan beliau mempertahankan hak  orang melayu di Pengerang supaya dapat mengecapi kemajuan dengan kemasukan projek RAPID. 

Halangan yang mendatang bukan sedikit, namun semua itu langsung tidak melemahkan semangat beliau, malahan Azalina terus konsisten menggempur dan mematahkan serangan fitnah pembangkang satu persatu.

Lihat sahaja gelanggang Dewan Rakyat yang menjadi panas ketika RAPID menjadi alat politik murahan pembangkang. Aksi pembangkang yang bertubi-tubi cuba menjatuhkan imej PM, Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN dalam isu ini berjaya ditangkis dengan bijaksana oleh Azalina di Parlimen.



Keberanian beliau berhujah dengan fakta telah membuatkan barisan pembangkang kecut perut dan terkedu untuk berdebat dengannya. Akhirnya gerakan jijik, matlamat menghalalkan cara oleh pembangkang menjadi tragedi luka yang meninggalkan parut buat mereka. 



Parut yang diterima, menjadi peringatan pedih pembangkang untuk selama-lamanya. Kerana parut itu merupakan bukti yang mengingatkan mereka kepada Keberanian, Kebijaksanaan dan Kebenaran fakta hujahan Azalina.

Melihat kepada track rekod ini, tiada alasan buat para perwakilan untuk merasa ragu-ragu memilih nama Azalina sebagai calon No.3 untuk Ketua Bahagian Pengerang dan No.36 untuk calon Majlis Tertinggi UMNO. 

Kegagalan mengangkat beliau sebagai Ketua Bahagian dan Majlis Tertinggi dikhuatiri akan menjadi parut pula buat Barisan Nasional khususnya perwakilan UMNO kerana gagal membariskan pemimpin berkaliber bagi persediaan menghadapai PRU14. Jangan biarkan ini berlaku! 


Yakini dan pilihlah Datuk Sri Azalina Othman Said.


No comments:

Post a Comment