Monday, October 21, 2013

Dr Suhaimi Lazim Calon BN Dun Sungai Limau


Tak buang masa, jentera Barisan Nasional telah bersiap sedia menghadapi PRK Sungai Limau setelah penyandangnya Tan Sri Azizan meninggal dunia bulan lalu. UMNO telah memutuskan untuk mengetengahkan calon muka baru iaitu Pensyarah Senior Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Suhaimi Lazim bagi merebut kerusi N20 DUN Sungai Limau.

Pengumuman calon yang berasal dari Kampung Titi Batu, Sungai Limau itu telah dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan Pusat berdekatan Bernas Sungai Lentang petang tadi. 

Manakala di pihak PAS pula, Datuk Abdul Hadi Awang akan mengumumkan calon pada jam 9 malam nanti. Antara nama yang telah disenarai pendek adalah Ketua Pemuda PAS Jerai, Azam Samad, Setiausaha PAS Jerai, Muzaini Azizan dan Ketua Pemuda PAS Sungai Limau, Mohd Muaz Othman.

Pengumuman calon PAS akan dilakukan di Markas Penerangan Sungai Limau, bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau.


Suruhanjaya Pilihanraya telah menetapkan 23hb Oktober ini sebagai hari penamaan calon, manakala 4hb Novermber depan sebagai hari mengundi.  

Kerusi DUN Sungai Limau telah berada di dalam genggaman PAS selama 5 penggal berturut-turut sejak dari tahun 1995. Namun segala-galanya mungkin berubah kerana trend pengundi di sana yang seimbang menyokong BN dan PAS.


No comments:

Post a Comment