Thursday, October 10, 2013

Keputusan Kalimah Allah Isnin Ini!


Beberapa siri perbicaraan mengenai isu Kalimah Allah telah perisik ikuti di Istana Kehakiman Putrajaya bulan sudah. Isnin depan merupakan hari keputusan sama ada kesucian Kalimah ini akan terus terpelihara daripada menjadi mainan agama lain. 

Berpuluh peguam yang mewakili beberapa negeri tampil membentangkan hujah masing-masing bagi menghalang usaha anasir kristian yang sedaya upaya ingin menggunakan kalimah ini di dalam makalah mereka. 

Sedangkan selama ini penganut mereka boleh mengikuti ajaran kristian dengan ganti nama tuhan, yesus, god atau lord. Setelah berpuluh tahun, malah beratus tahun lamanya perkara ini diamalkan. Tanpa sebarang konflik.

Muktahir kini, tidak semena-mena pimpinan di pihak kristian berubah pendirian dengan cuba mencedok kalimah suci Allah kedalam ajaran mereka. Soalnya apa keperluan kepada perubahan ini?! 


Adakah pimpinan kristian cuba melahirkansatu lagi ajaran baru? Kalau mengikut statistik dalam sejam sebanyak 7 hingga Sebelas mazhab baru kristian terwujud. 

Perisik tidak mahu membentangkan panjang lebar tentang berapa banyak sect atau mazhab yang ada di dalam ajaran kristian. Bagi perisik itu hak penganut dan pemimpin mereka dalam menyebarkan ajaran mereka. 


Tetapi janganlah sampai mencemarkan sempadan kedaulatan keagamaan dengan cuba menggunakan kalimah Allah! Jangan melampaui batas dan kebebasan beragama yang telah kerajaan majoriti Melayu beragama Islam berikan kepada penganut agama lain di negara ini.


Ekoran daripada itu, ramai pemimpin daripada pelbagai latar belakang politik tampil menyuarakan kerisauan. Antaranya tokoh Agamawan tersohor, Dato Dr Mashitah Ibrahim yang melihat bahayanya jika kalimah Allah ini dibenarkan digunapakai oleh agama lain seperti kristian.

 
 

Jika keputusan Isnin 13 Okt iaitu hari sebelum Hari Raya Korban (14 Okt) ini tidak berpihak kepada kita. Buruk padahnya buat umat Islam! Kerana keputusan ini akan menjadi precedence kes kepada tuntutan kes-kes kaitan agama di masa akan datang. 


Melihat kepada perkembangan yang membimbangkan, Dr Mashitah ingin menyeru umat Islam supaya bersatu dengan mengenepikan fahaman politik dan parti bagi mempertahankan kesucian Kalimah Allah. 

"6 Zulhijah (11 Okt) hingga 9 Zulhijah (11 Okt) ini merupakan hari-hari yang dimakbulkan doa. Mari kita berpuasa sunat, solat hajat dan berdoa kepada Allah pada hari tersebut supaya Islam terus dimartabatkan. Jangan korbankan agama kita di raya korban ini. Kerana DOA adalah senjata ampuh umat Islam" Kata Mashitah.



No comments:

Post a Comment