Monday, October 7, 2013

Menang PRU14 Sokongan Rakyat atau Parti Penting?


Kata-kata Datuk Sri Azalina ini merupakan madah yang harus direnungi oleh rakan dan sahabat dalam parti demi mengekalkan kelangsungan UMNO dan Barisan Nasional untuk kekal sebagai kerajaan.

Pada pandangan perisik ahli politik UMNO ketika ini dilihat memfokuskan kepada kepentingan sokongan dalaman parti semata-mata. Sehingga terlepas pandang apa pendapat rakyat yang mempunyai mandat untuk memilih di pilihanraya nanti. 



"KESEIMBANGAN" adalah faktor paling utama! Kita tidak boleh berat kepada satu bahagian dan meninggalkan pula bahagian yang lain. Erti kata lain ahli politik perlu prihatin kepada suara akar umbi parti DAN juga suara rakyat yang merupakan kuasa terbesar penentu nasib parti politik itu sendiri.

Selain itu, ahli UMNO tidak kira di bahagian Dewan Rakyat, Negara, Bahagian, Cawangan mahupun negeri perlu memainkan peranan penting supaya lebih responsif terhadap isu.

Bila kerajaan atau parti diserang dan difitnah, sudah tiba masanya semua peringkat dinyatakan tadi tampil menggempur dan mematahkan tohmahan. Kerana bila berdiam, persepsi rakyat bakal mempercayai walaupun perkara itu batil segala segi.

Oleh demikian, pastikan diri sentiasa bersiap siaga sepanjang masa dengan segala informasi dan fakta kerana musuh tidak pernah lekang mencipta fitnah bagi memburukkan parti. Bila segalanya sudah ada di dalam dada, mudah bagi diri untuk pertahankan parti dan menjelaskan kepada rakyat. 

Azalina pula dilihat walk the talk apabila responsif dalam menangani isu semasa seperti hal ehwal alam sekitar dan projek RAPID. Ekoran dari kegigihan beliau, Azalina mendapat sokongan lebih 90 peratus penduduk Pengerang dalam setiap pergerakan. Ini semua dimungkin dengan kerjasama setiap bahagian dan cawangan yang setia berganding bersama Azalina di Pengerang.

Melihat kepada situasi ini, Azalina merupakan pilihan tepat bagi menggalas tugas sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau mampu berdiri sama tinggi di kalangan pemimpin dan duduk sama rendah disamping rakyat bagi memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Pilihan Tepat Sebagai Ahli Majlis Tertinggi

No comments:

Post a Comment