Thursday, January 19, 2012

Pakatan Hilang Pengaruh!!

Hilang pengaruh ni bukanlah perkara baru, kerana ramai ahli-ahli pakatan yang dulu ekstrem dalam memperjuangkan parti mula kendur semangat sejak beberapa isu yang mula membuka mata mereka mengenai dalaman parti mereka.

Isu liwat Anwar Ibrahim paling banyak menjadi bualan mulut ahli pakatan dari mula Anwar ke mahkamah. Setelah Saiful bersumpah laknat di dalam masjid kerana salah laku pemimpin mereka sendiri, ramai berfikir kerana ikrar sumpah yang dibacakan bukan perkara yang boleh di buat main-main. 

Sekali lagi penyokong tegar pembangkang dikejutkan dengan salah laku pemimpin mereka sendiri. Apabila Dtk Eskay pula melafazkan ikrar sumpah di atas isu video seks yang membabitkan Anwar.

Ekoran dari itu, majoriti rakyat khususnya penyokong pakatan mengharapkan yang Anwar turut akan melakukan sumpah laknat bagi menidakkan segala tohmahan. Mereka semua menanti tindakan balas oleh Anwar, namun jangkaan mereka jauh meleset sama sekali. 

Malah Dr MAZA sendiri mengatakan yang beliau harus melakukan pekara serupa seperti Saiful dan Datuk Eskay iaitu bersumpah laknat bagi membersihkan segala fitnah. Persoalan timbul dalam batu jemala penyokong. Kalau tidak bersalah mengapa takut hendak bersumpah laknat. 

Ramai penyokong pakatan mula dahagakan kebenaran dari pemimpin mereka. Tapi tiada satu pun dapat memberikan jawapan yang memuaskan. 

Walaupun Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah di Mahkamah. Ahli PAS dan PKR sudah bijak menilai keputusan terbabit dan mereka meyuarakan melalui konvensyen yang berlangsung 14hb lepas. 

Anggaran 100 ribu yang dicanangkan, walhal hanya 3,000-4,000 sahaja ahli pakatan hadir ke konvensyen terbabit. Di dalam hebahan blog mereka dan twitter memberitahu kononnya sambutan amat menggalakkan. Dari gambar awal artikel ini, pembaca sudah boleh menilai sendiri bagaimana gambaran sokongan ahli pakatan sendiri terhadap parti mereka.


Hakikatnya, sudah terpampang di hadapan kita sendiri. Rakyat sudah berikan MANDAT selama Tiga tahun ini, tapi telah disia-siakan oleh pemerintahan pakatan pembangkang. Warga ahli PAS dan PKR sendiri tahu akan kelemahan ini dan tidak sanggup bersengkongkol dengan wayang mainan parti mereka.

2 comments:

  1. Perisik rimba...klau kamu org islam dan x bertaubat dgn fitnah dan penipuan yg kamu bawa ni, kepada Allah lah kami berserah. saya warga kedah walaupun saya x hadir kedalam stadium, laluan utama saya pergi balik kerja depan stadium tu..hakikatnya x boleh langsung (kereta) dengn org melaut seperti padang arafah. adakah kamu suka kalau anak2 kamu nnt berbohong seperti kamu skrg ni?. jika kamu dapat duit dari hasil berita yg kamu siarkan ni, adakah kamu beri kepada keluarga kamu untuk makan dgn hasil penipuan ini?..saya sygkan kamu seperti saudara saya. saya sekadar nasihat.

    maaf kalau terkasar bahasa.

    ReplyDelete
  2. saya hargai nasihat anda. tapi nasihat tersebut perlu cermin dan tujukan sendiri kepada pihak pembangkang sendiri.
    Setiap maklumat adalah berdasarkan risikan rakan-rakan media dan blogger yang berada di situ. Jelas tiada sebarang pembohongan dalam artikel ini.
    Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang.

    ReplyDelete