Saturday, October 19, 2013

Azalina Menang Ketua Bahagian!


Bermula dari sesi mesyuarat Bahagian pada awal pagi dan seterusnya berlangsung sesi pemilihan calon untuk diangkat menduduki kerusi pimpinan tertinggi seperti Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden, Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua Bahagian.

Persaingan empat penjuru jawatan Ketua Bahagian Pengerang sekali lagi menyaksikan Datuk Seri Azalina Othman dipilih oleh para perwakilan Pengerang sebagai Ketua Bahagian bagi kali kedua. 

Tahniah diucapkan kepada para perwakilan Pengerang kerana berjaya mengekalkan pemimpin yang bijak, berani dan benar dalam menjalankan tugasan sebagai pemimpin yang sentiasa mendahulukan rakyat. Tahniah kepada Datuk Seri Azalina sekali lagi, kerana kekal sebagai satu-satunya wanita yang dilantik ke jawatan Ketua Bahagian.

Keputusan Ketua Bahagian yang lain turut diterima dimana ada yang kekal dan ada yang berubah. Keputusan kekal Ketua Bahagian yang perisik terima setakat ini adalah Tengku Razaleigh (Gua Musang), Tan Sri Isa Samad, Datuk Tajudin Rahman (Pasir Salak).

Perubahan tampuk kepimpinan Ketua Bahagian dan Timbalan di Pematang Pauh berubah serentak apabila penyandangnya Datuk Jalil dan Datuk Nasir ditewaskan oleh lawan masing-masing iaitu Mohd Zaidi dan Ibrahim Ahmad.



Keputusan bagi Naib Presiden UMNO pula semakin rancak dikeluarkan oleh bahagian-bahagian perwakilan. 
Sehingga pukul 5.30 petang Datuk Seri Zahid Hamidi mendahului calon lain:

1- Zahid Hamidi > 63 
2- Shafie > 56
3- Hishammuddin > 35
4- Mukhriz > 30
5- Isa samad > 4
6- Ali Rustam > 4

Saingan nampak sengit di antara Hishamuddin dan Mukhriz. Walaubagaimanapun sama-sama kita nantikan keputusan penuh yang dijangka diterima malam ini.



No comments:

Post a Comment