Thursday, October 24, 2013

1.7 Juta Rakyat Malaysia Merempat!!


Fuh..tengok tajuk memang nampak macam kesian jer orang Malaysia ni. Negara dah merdeka lebih 56 tahun dan pendapatan negara pun dan meningkat dari berpendapatan rendah ke arah pendapatan sederhana tinggi. Tapi masih ramai lagi rakyat tak ada rumah di Malaysia!

Dari laporan yang diterima, seramai 1.7 juta isi rumah tidak memiliki kediaman sendiri di Malaysia. Jadi bukan lah merempat! Mungkin ada yang duduk menyewa atau tumpang di rumah mertua. Majoriti rakyat Malaysia yang tidak memiliki rumah sendiri jatuh dalam dua kategori ni.

Jadi puak pembangkang janganlah dok kalut pusing fakta ni! Kononnya rakyat merempat atau tak berumah! Bukan lah papa kedana hidup menagih di bawah jambatan. Tetapi ketidakmampuan mempunyai rumah untuk sendiri dan seisi keluarga.



Jangan ditunding buta salahkan kerajaan. Sedangkan kos bahan dan operasi pembinaan harus diperhalusi bagi mengenalpasti punca kenaikan mencanak harga rumah di Malaysia terutama di kawasan bandar seperti sekitar Lembah Klang, Johor Bharu dan Pulau Pinang.

Paling rendah harga rumah atas tanah dah cecah lebih RM450k. Untuk rumah jenis apartment pula dah melonjak kepada lebih RM300k. Bila ditolak tambah kos hidup warga kota dengan pendapatan bulanan rata-rata jatuh hampir pada paras kemiskinan. Cukup makan katanya, jadi nak beli rumah pun terbantut.

Jadi adakah Najib akan masukkan lebih banyak projek perumahan murah dan mampu milik dalam bajet besok. Projek sebegini sememangnya baik, tetapi ia bukan penyelesaian yang konkrit. 


Penyudah terbaik adalah kawalan dan penguasaan bahan asas binaan. Pastikan pembekalan bahan ditingkatkan bagi memastikan harga terus berada di paras rendah. 

Taktik ni sama seperti pengawalan harga minyak dunia. Di mana pemain utama minyak mentah dunia memastik kuantiti minyak dikeluarkan pada kadar tertentu untuk memastikan harga minyak kekal USD100 hingga USD115 setong. 

Bila harga minyak jatuh bawah paras USD100, maka mulalah permainan harga pasaran dengan syarikat minyak mengurangkan hasil minyak supaya keadaan kelihatan seperti permintaan melebihi pengeluaran. (Supply less than demand).


2 comments:

  1. kalau dilihat dari pelbagai sudut,rakyat mampu mendapat kesenangan...;-)

    ReplyDelete
  2. Harga rumah melonjak kerana spekulasi jahat pemain utama pemaju dan pembekal bahan binaan hartanah.
    Kalau tidak dikawal lambat laun hartanah akan mengalami gelembung pasaran haratanah yang hanya menanti masa untuk pecah.
    Bila ini terjadi, berlakulah lebihan hartanah sehingga menyusutkan nilai sebenar hartanah. Kesan ini hanya akan melipat gandakan hutang individu yang terjejas dengan gelembung ini nanti.
    Apa kerajaan tunggu kerosakan teruk baru nak perbaiki ke??

    ReplyDelete