Tuesday, June 5, 2018

Hutang Negara RM 1Trillion! Data Bank Negara Tak Lengkap?


Hutang RM1 Trillion menjadi jajaan kerajaan PH terutamanya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Ekoran daripada pengumuman tersebut berlaku panik kepada pasaran saham sehingga ramai pelabur membawa keluar modal mereka.

Ia diburukkan lagi dengan tindakan kerajaan yang ingin memansuhkan GST yang membawa kepada kehilangan 1/6 pendapatan negara. Pelabur mula hilang keyakinan dengan kemampuan kerajaan mengurus kewangan.

Persoalannya hutang RM1 trillion ini tidak pula disebut oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai angka rasmi. Dalam website rasmi BNM masih menyebut RM680billion sebagai angka sebenar hutang negara. Bukan 1 trillion!

Persoalannya pihak mana yang menipu? Menteri Kewangan atau BNM? Mustahil tiada intergrasi maklumat antara dua agensi ini. Atau semua ini hanyalah helah kerajaan PH bagi menipu rakyat!

Jika anda perasan. Setelah beberapa minggu helah hutang trillion ini dimainkan berulang-ulang. Kemudian satu persatu pemimpin mula keluarkan kenyataan bermula dari 
  • PM, Mahathir - mustahil untuk laksana manifesto kerana hutang
  • TPM, Wan Azizah - KWSP 2% tidak dapat dilaksanakan sebab hutang negara
  • Menteri Pendidikan, Dr Maszlee - Penangguhan bayaran PTPTN untuk gaji bawah RM4k tidak dapat dibuat kerana hutang negara
  • Menteri Pengangkutan, Anthony Loke - pas pengangkutan awam tanpa had RM100 terpaksa diteliti sebab hutang negara.

Itulah sebab sebenarnya mengapa Menteri Kewangan berulang-ulang bagi menimbulkan persepsi. Supaya rakyat mula percaya penipuan hutang negara oleh Kerajaan PH. 

Maka mudah bagi mereka untuk mengeluarkan alasan tidak boleh laksana semua manifesto janji yang dibuat semasa PRU lepas. 

Mereka cuba melengahkan masa dan mengalihkan kelemahan mereka dengan menyalahkan kerajaan terdahulu. Segala sudah dirancang dan ada dalam dokumen "Manipulasi Hutang Negara" siri 1 dan 2 di meja PM.




Berapa lama mereka boleh teruskan penipuan ini. BNM seolah dikunci mulut dari membuat sebarang kenyataan tentang hutang negara. Walhal merekalah badan yang menjadi sumber rujukan utama dalam hal ehwal begini. 

Mengapa tiada wartawan membuat crosscheck dengan BNM tentang hutang negara ini? Pelabur telah membawa keluar RM5 billion sepanjang May. Berapa billion lagi bakal dibiarkan hilang oleh kerajaan PH pada bulan Jun ini.

3 comments:

  1. tak apa. apabila terlalu bergelumang dosa menipu dan memfitnah, kerajaan ini akan binasa dengan sendiri .wait and see...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...
      the truth will prevail...
      unfortunately most Malaysian are uneducated...stupid moron idiot...easily manipulated..

      Delete
  2. Hanya di Malaysia kafir BOLEH nasihat AGONG hal perundangan ISLAM .

    Hidup -- PH. Hidup -- PH .. !


    p.s. dengar khabar sembayang raya di MESJID NERARA pun kafir jadi IMAM...

    bnyk penyokong PH akan hadir....! !

    ReplyDelete