Sejurus menang PRU, perkara pertama dilakukan adalah dengan melakukan serangan politik terhadap mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan melakukan serbuan dan rampasan barangan peribadi sehingga kasut dan pakaian cucu beliau juga dirampas.
Seminggu berkuasa, wacana berita yang terpampang di dada akhbar dan televisyen adalah berkisar isu serbuan dan rampasan yang dikaitkan dengan mantan PM, isu 1MDB dan isu hutang negara. Ulang siar tiga isu ini, berjaya mengalih pandangan rakyat terhadap manifesto mereka.
Tidak semena-mena, Timbalan Perdana Menteri, Wan Azizah mengumumkan 50% manifesto sudah terlaksana!? Apa penanda aras mengukur kejayaan 50% ini?
- Mansuh GST - Zero rated tidak dikira mansuh. Itu ubah peratusan. Bermakna beberapa bulan negara kehilangan hampir RM10billion pendapatan cukai
- Menyiasat skandal besar- Isu Forex dan Terowong dibakulsampahkan
- Kaji Projek Mega - Batal Projek manfaat rakyat seperti MRT3, HSR. Tapi luluskan projek kondo mewah 30billion di Langkawi
- KWSP untuk suri rumah - Mereka janjikan tapi dicilok dari gaji suami? Bagaimana dengan nasib ibu tunggal.
- Tangguh Bayaran PTPTN - Terpaksa ditariksemula kerana baru sedar implikasi laksana penangguhan ini
- Hapus hutang peneroka Felda - Belum Laksana.
- Subsidi Petrol Bersasar - Mekanisme dicadangkan menggalakkan manipulasi. Maka mekanisme apung mingguan dikekalkan.
- Skim Peduli Sihat - Bertindan dengan skim dan bantuan kesihatan sedia ada. Dilihat tiada keperluan.
- Kembali status Sabah & Sarawak - tiada apa usaha dilakukan setakat ini.
- Samaratakan gaji minimum cth:RM1500 - Teragak-agak.
Jika melihat kepada semua manifesto ini, tiada satu pun berjaya dilaksanakan! Sekali lagi Kerajaan PH menipu rakyat dengan angka 50% kejayaan.
Mereka sedar, bahawa mereka telah menjanjikan manifesto populis umpanan beracun yang telah berjaya memancing undi PRU lepas. Jelas mereka tidak menjangkakan kemenangan ini.
Kesudahannya, pelbagai sandiwara terpaksa dimainkan supaya rakyat tidak menuntut atau marah dengan manifesto yang mereka sudah nilaikan semula sebagai suatu yang mustahil dilaksanakan.
Har ini semua barisan kepimpinan kerajaan PH mula menyuarakan bahawa 10 janji tidak dapat ditunaikan dalam 100hari. Sebagai langkah damage control, rakyat disuapkan pula dengan rasuah tayangan percuma Piala Dunia 2018
kalau tak boleh letak jawatan la semua, ganti orang lain. mengaku aja korang tak sangka boleh menang, tu pasal janji macam2
ReplyDeletehttp://bumiyang.blogspot.com/2018/06/21-hari-ph-memerintah-hutang-negara.html?m=1
ReplyDeleteDulu minat bola sebab ada Santokh Singh, sekarang tak lagi tengok tv sebab hari2 tengok muka anak2 Karpal Singh!
ReplyDeleteRakyat tersalah pilih barisan penipu sebagai pemimpin?
ReplyDeleteJangan bimbang rakyat malaysia, pakar2 pktn hprk akan keluarkan idea haprak spt tabung milo iaitu kalau nak rasa minyak murah dibawah kerajaan baru stok antik ni, tiap kali isi minyak, isilah setengah liter saja, baru seringgit sepuluh sen saja, jauh lebih rendah dari rm1.50 janji yg dibuat oleh para penipu..ha ha ha.
ReplyDelete