Friday, October 12, 2012

Pertubuhan ANAK Haram Di Malaysia!


Pertubuhan yang diketuai oleh Mazlan Aliman iaitu Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) didapati tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). 

ANAK yang sudah menggerakkan propaganda bertahun-tahun menganggu keharmonian dan kemajuan FELDA selama ini rupanya pertubuhan yang tidak sah! Macam mana pertubuhan yang tidak berdaftar ni masih dibiarkan beroperasi!


Apa halnyer Mazlan Aliman ni? Takkan terlupa nak isi borang daftar di ROS ? Ke tak ada masa nak daftar? Kalau lu tak ada masa suruhlah pembantu-pembantu buatkan. Takkan one man show punya persatuan!

Sebelum ni gagah kata nak tunjukkan dokumen yang kononnya mengaitkan Ahli Parlimen Pengerang, Azalina dengan projek RAPID. Cari dokumen tu, ada pula masanya! Ni nak daftar pertubuhan boleh pulak tak sempat-sempat lebih dua tahun. psss..itu pun kalau dokumen tu wujud..

Macam-macamlah alasan yang nak kena fikirkan lepas ni oleh Mazlan Aliman serta konco-konconya. Sekarang pun dah banyak bunyi puak-puak mereka di laman sosial. Suara-suara minda tersumbat yang membuatkan mereka bersuara seperti di bawah ni:
Kalau berjuang nak menegak kepada amal maarof atau jihad juga perlu berdaftar denga ROS ka?
senang cerita macam ni lah...asal pertubuhan bukan pro umno. semua tidak sah dan haram..
Undang-undang dan akta pertubuhan ni dah wujud bukan baru hari ni. Tapi sejak 1966 lagi. Lu orang melantun-lantun tak pasal-pasal ni confirm tak faham tujuan akta ni dikuatkuasakan? 

Tujuannya adalah untuk memastikan pertubuhan-pertubuhan ini TIDAK bergiat bertentangan dengan keselamatan, keamanan, ketenteraman awam, ketertiban, kebajikan atau kermoralan di Malaysia.

Dari sini kita dapat mengelakkan kedaulatan negara kita daripada dilacurkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan menjadi tali barut serta menerima dana asing bagi tujuan menganggu keamanan negara ini. 



Contoh terbaru adalah pertubuhan SUARAM yang telah terbukti menerima dana dari beberapa pertubuhan pimpinan YAHUDI

Sekarang pertubuhan ANAK ini tidak berdaftar, jadi dari mana mereka mendapat sumber kewangan untuk menggerakkan aktiviti pertubuhan. Jeng jeng jeng

Seterusnya.. tiada langsung minit-minit mesyuarat agung tahunan, tiada perlantikan secara rasmi presiden pertubuhan atau jawatan-jawatan lain dalam pertubuhan (timbalan, setiausaha, bendahari..dll) dan lain-lain lagi yang tiada. 

Takkan Mazlan Aliman ni suka-suka tubuh persatuan lantik diri sendiri jadi ketua a.k.a Presiden!

Korang Ingat ni kelab sukan budak sekolah ke? Main belasah tubuh!

Sekarang, Mazlan Aliman..Lu tak payah fikir macam-macam alasan sebab tak nak daftar. Borang daftar pertubuhan boleh download SINI dan sediakan yuran RM30. Bukan kena bayar juta-juta pun!

Nampaknya ANAK ni bukan sahaja kelentong rakyat dan warga Felda khususnya. Tapi juga penyokong-penyokong mereka sendiri.

Perisik: Gerakan jentera PAKATAN yang konongnya melalui NGO-NGO nampaknya menghancurkan diri mereka sendiri.

No comments:

Post a Comment