Statistik salah laku ini melibatkan pelbagai kesalahan seperti teksi tidak menggunakan meter, caj berlebihan, bas sekolah haram dan ulat tiket di seluruh Malaysia khususnya bahagian semenanjung.
Rakyat Malaysia terutamanya para penyedia perkhidmatan awam digesa memberi kerjasama dalam memerangi jenayah yang telah memberikan imej buruk kepada negara. Masakan tidak negara yang kaya dengan pelbagai budaya dan lokasi menarik telah tercemar dengan perkhidmatan pengangkutan yang tidak berkualiti.
Maka langkah pencegahan ini dilihat perlu bagi mengimbangi usaha transformasi industri pengangkuan awam darat negara. Ini bagi memastikan sistem pengangkutan yang dipermodenkan selari dengan tahap DISIPLIN penyedia perkhidmatan terutama dikalangan para pemandu teksi dan bas.
Kajian SPAD mendapati beberapa kesan buruk dikesan jika salah laku ini tidak dibendung. Seperti masalah ulat tiket yang sering muncul ketika musim cuti sekolah atau cuti sambutan perayaan. Mereka ini tampil mencari mangsa dengan mengenakan tambang berlipat kali ganda dari sepatutnya.
Rata-rata ulat tiket ini dikendalikan oleh samseng yang mengambil kesempatan untung atas angin. Berlakulah ketidakadilan ekonomi di antara penjual tiket berkaunter yang sah dan menjejaskan kepercayaan pengguna terhadap perkhidmatan bas.
Isu seterusnya adalah aduan caj berlebihan yang sering terjadi melibatkan pemandu teksi di Lembah Klang. Rasanya kalangan pembaca juga pernah mengalami sendiri situasi teksi yang enggan menggunakan meter dan mengenakan caj tinggi dengan alasan yang tidak masuk akal.
Perkara ini telah mendapat kritikan kuat dari para pelancong antarabangsa yang pernah menjadi mangsa. Akibatnya perkhidmatan teksi Malaysia hilang kepercayaan pengguna dalam dan luar negara. Malangnya pemandu teksi yang mengikut undang-undang turut menjadi mangsa. Orang lain punca masalah, orang lain pula tak dapat cari makan!
Akhir sekali mengenai isu bas sekolah haram yang semakin berleluasa telah menimbulkan kebimbangan orang awam. Kerana bas sekolah haram ini tidak menepati ciri keselamatan minimum yang ditetapkan malah tidak memiliki perlindungan insurans. Ada pula mengenakan tambang setaraf bas ekspres walhal bas sekolah dimiliki tangkap muat sekadar cukup untuk menghantar dan mengambil budak sekolah.
Selepas ini jika anda sekali lagi melihat atau mengalami sendiri salah laku penyedia perkhidmatan awam yang dinyatakan tadi hendaklah segera membuat laporan kepada HOTLINE SPAD: 1-800-88-7723
Jangan biarkan nila setitik merosakkan susu sebelanga. Jangan biarkan perangai buruk segelintir penglibat perkhidmatan awam yang tidak bermoral ini terus bebas merosakkan industri pengangkutan negara. Laporkan segera!
Sila pastikan anda menyediakan butiran penting bagi memudahkan langkah susulan pihak berkuasa untuk membuat tangkapan dan dakwaan seperti:
- Nama dan nombor kad pengenalan/pasport
- Butiran perbadi
- Kesalahan dilakukan
- Tarikh, masa, dan lokasi
- Nombir pendaftaran dan jenis kenderaan
No comments:
Post a Comment