Apa yang menariknya laluan MRT SBK ini akan melalui 17 buah sekolah yang ternyata menjadi satu tambah nilai kepada para pelajar untuk berulang alik dari rumah ke sekolah. Antara pelajar sekolah yang bakal berpeluang merasai kelebihan ini adalah:
1) SJK (T) Saraswathy
2) Sri KDU International School
3) SMK Bandar Utama Damansaea (4)
4) Sekolah Menengah Stella Maris
5) SJK (C) Jalan Davidson
6) SMJK (C) Confucian
7) Victoria Institution
8) SMK Cochrane Perkasa
9) SMK Cochrane
10) SMK Yaacob Latig
11) SK Yaacob Latif 1 & 2
12) SMK Convent Jalan Peel
13) SK Seri Cheras
14) SK Convent
15) SM Convent
16) SK Jalan Bukit 1
17) SMK Jalan Bukit
Kedudukan sekolah-sekolah ini terletak berhampiran dengan lapan buah hentian MRT seperti Sg Buloh, Kota Damansara, Mutiara Damansara, Merdeka, Conchrane, Maluri, Stadium Kajang dan Kajang. Perkhidmatan bas shuttle dijangka akan disediakan bagi melancarkan perjalanan pengguna atau pelajar yang sekolahnya terletak agak jauh dari stesen MRT.
Ternyata projek ini dibina demi kesejahteraan rakyat. Ia bukan hanya memudahkan mobiliti, malah menyumbang kepada limpahan ekonomi penduduk sekitar. Jika diperhatikan jaringan hubungan perkhidmatan rel ini semakin luas meliputi beberapa bandar kecil sekitar Lembah Klang.
Tidak mustahil jaringan rel seumpama ini akan dibina di bandar-bandar utama negeri lain seperti Johor Bahru, Ipoh, Kuantan dan Pulau Pinang di masa-masa akan datang. Penglibatan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memainkan peranan penting dalam melakukan kaji selidik bagi meneliti kebolehlaksanaan projek terbabit.
No comments:
Post a Comment