Thursday, January 29, 2015

Tiong Lai: Tak Perlu Dua Ujian Dapatkan Lesen Memandu!


Berkuatkuasa serta merta! Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengumumkan pemansuhan sistem dua ujian undang-undang berasingan yang perlu diduduki calon untuk mendapatkan lesen kenderaan kategori motorsikal dan kereta.

"Ketika ini, mereka yang ingin mengambil lesen kereta dan motosikal perlu mempelajari modul kereta dan modul motosikal berasingan serta menduduki dua ujian berasingan.


"Selepas menerima rungutan, kita putuskan mereka kini perlu mempelajari kedua-dua modul itu berasingan, namun, hanya perlu menduduki hanya satu ujian sahaja" Jelas Tiong Lai.

Sistem ujian tunggal ini akan menggantikan Kukurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) dengan dua ujian yang diperkenalkan tahun lalu.

Keputusan pemansuhan ini dibuat setelah melakukan kajian terperinci dan mengambil kira maklum balas orang ramai terutamanya pihak-pihak Institut Memandu. Langkah ini bertepatan dengan senario ekonomi semasa yang mana dapat membantu menjimatkan perbelanjaan orang ramai.

Pihak Kementerian Pengangkutan telah meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengeluarkan arahan kepada semua institut memandu dan diharap usaha ini dapat memudahkan golongan muda mendapatkan lesen memandu.

No comments:

Post a Comment