Friday, May 5, 2017

Biadap Main Hon! Jawabnya Hempuk Kepala Dengan Kon!


Nak tunjuk samseng tak kena tempat! Kejadian yang berlaku di salah sebuah masjid di Austin Height, Johor Bahru. Pemandu kereta toyota camry didakwa membunyikan hon tanpa henti sewaktu jemaah sedang solat Jumaat.

Video dipaparkan jelas menunjukkan orang ramai berang dengan kebiadapan pemandu terbabit yang tidak menghormati jemaah tengah mengerjakan solat. Bila ramai mengerumun, mula kelam kabut hendak melepaskan diri sehingga hampir melanggar orang awam. 

Kejadian ini membuatkan kita berfikir apakah sudah jadi dengan laungan rakyat hidup harmoni berbilang kaum. Malangnya keharmonian itu dicemari dengan warga yang sengaja mencabar kesabararan umat Islam di negara ini. 

Kelihatan orang ramai semakin hilang sabar, menyerbu kenderaan terbabit bagi menyuruh pemandu terbabit berhenti dan keluar. Rakaman menunjukkan beberapa individu menghayun kon dan helmet pada kereta.

Laporan polis sudah tentu dibuat terhadap orang awam yang bertindak liar. Perisik faham pihak berkuasa tidak boleh bertindak berat sebelah. Makna kedua-dua golongan yang terlibat yakni orang awam dan pemandu camry akan dipanggil bagi membantu siasatan. 


No comments:

Post a Comment