Direka cerita dan disebar pula gambar kabur yang kononnya beliau bershoping sakan di beberapa buah negara. Nak gambarkan yang isteri PM tak sensitif terhadap situasi banjir yang melanda negara. Nak gambarkan juga yang isteri PM tak turun padang membantu mangsa. Macam-macam hendak dipusing puak pembangkang, rupa-rupanya ada matlamat lain disebaliknya.
Wayang yang cuba dimainkan oleh puak SAMM tidak lain adalah untuk mengalih perhatian rakyat dari kejelikan pemimpin pembangkang sendiri. Saban hari rakyat dapat melihat bagaimana respon pemimpin pembangkang dalam menghadapi bencana banjir. Berlaku sahaja banjir, macai-macai mereka terus menyerang kerajaan pusat itu ini tak kena.
Sebenarnya asakan demi asakan fitnah ini adalah strategi bagi menutup kehilangan pemimpin mereka yang GEMBIRA bercuti ke New Zealand dan Paris. Lebih haru, ada juga wakil rakyat pembangkang menghilangkan diri entah kemana. Adakah tindakan pemimpin pembangkang begini dikatakan prihatin dan sensitif terhadap mangsa banjir??? Sedangkan yang SEDAP bercuti dan menghilang ini adalah wakil rakyat?!!
Setengah juta nilai minyak pesawat dijadikan taruhan puak pembangkang untuk menyerang isteri PM. Hakikatnya mereka hendak mendiamkan kehilangan beratus juta ringgit hasil balak yang dirompak di bumi Kelantan. Nilai besar ini, sepatutnya cukup untuk mereka membantu mangsa banjir.
Rakan kroni pula tidak menghulurkan sumbangan coporate social rensposibility (CSR) selepas membuat untung berjuta-juta dari balak. Kesudahannya hutan diterokai sewenang-wenangnya demi poket kroni memangsakan rakyat Kelantan.
No comments:
Post a Comment