Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Dato Sri Rohani Abdul Karim turun padang membuat tinjauan keadaan banjir di Sarawak yang bermula di Kuching.
Menerusi tinjauan tersebut, dapati keadaan agak membimbangkan dan Kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah bersiap siaga dari awal dalam berdepan sebarang kemungkinan.
Rohani dalam lawatn tersebut turuk ke Bilik Gerakan Bencana Banjir JKM Negeri Sarawak yang beroperasi 24jam yang diselaraskan oleh seluruh warga kerja JKM NEgeri Sarawak.
Laporan sehingga jam 4.00 petang, 20 Januari 2015 menunjukkan bahawa sebanyak 44 pusat pemindahan telah dibuka melibatkan sejumlah 1,951 keluarga dan 8,067 mangsa.
"Saya amat mengambil berat dengan keadaan banjir di Sarawak. Saya berharap persediaan pengurusan banjir di sini lebih efektif walaupun terpaksa berhadapan dengan cabaran yang lebih besar disebabkan oleh faktor lokasi" Jelas Rohani.
Antara pemimpin lain yang hadir dalam membuat tinjauan ialah Ketua Setiausaha KPWKM, Dato Sabariah Hassan.
Bilik Gerakan Bencana Banjir JKM Sarawak boleh dihubungi di talian 082-311554. Maklumat lanjur mengenai keadaan banjir boleh didapati melalui laman web kementerian www.kpwkm.gov.my dan laman web JKM www.jkm.gov.my.
No comments:
Post a Comment