Friday, January 16, 2015

MCA-CRSM Redah Selut Sampaikan Bantuan!


MCA melalui Skuad Bantuan Bencana (CRSM) tak henti-henti menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Terbaru CRSM menjelajah jauh ke kawasan pedalaman bagi mengagihkan barang keperluan kepada mangsa yang terputus bekalan makanan. Antara lokasi bantuan adalah perkampungan orang asli, Gua Musang, Kelantan.

Perjalanan kali ini agak mencabar, di mana CRSM terpaksa meredah laluan hutan, berbukit dan berlecak untuk sampai ke perkampungan orang asli tersebut. Dalam perjalanan, beberapa kali kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang sarat dengan bahan bantuan terperangkap dalam selut lumpur. 

Ada juga laluan yang perlu diperbaiki terlebih dahulu supaya selamat untuk dilalui kenderaan 4WD. Keadaan laluan ini menyukarkan usaha bantuan disampaikan dengan segera, kerana banyak masa dan tenaga dihabiskan untuk menarik keluar 4WD dari selut.

Bagi mengelak tertangguh lebih lama, sukarelawan CRSM bertindak memikul barang bantuan dari kenderaan 4WD dan berjalan ke depoh berhampiran. Tiada pilihan lain, orang kampung terpaksa berjalan ke depoh tersebut untuk mendapatkan bekalan.


 


Ternyata usaha CRSM ini bukanlah sandiwara seperti tuduhan liar yang cuba dilemparkan oleh puak chauvanist DAP. Rakyat dapat melihat sendiri bukti-bukti khidmat masyarakat yang telah dizahirkan oleh MCA dengan lebih 1000 tan sudah diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur.


No comments:

Post a Comment