Monday, January 26, 2015

SPAD: Kolaborasi Enam Agensi Tahan 28 Individu!


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebelum ini giat melakukan operasi bersepadu bersama beberapa agensi-agensi kerajaan lain terutamanya Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi membendung kegiatan salah laku melibatkan pengangkutan awam.

Kali ini SPAD terlibat secara langsung dalam "Operasi Bersama Khas" bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Genting Highlands, Pahang pada Sabtu dan Ahad lepas. Operasi yang berlangsung selama dua hari ini melibatkan sejumlah enam buah agensi kerajaan semuanya.



Seramai 163 pegawai dan anggota penguatkuasa digerakkan dalam operasi ini yang terdiri datipada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), SPAD, Jabatan Alam Sekitar, Puspakom, AADK dan Polis bantuan Genting Highlands.

Operasi telah dijalankan di empat lokasi berasingan iaitu di bulatn Genting Sempah, susur Gombak menghala Genting Highlands, susur Batang Kali dan Terminal Bas Genting Highlands.




Hasil operasi ini telah sebanyak 867 saman dikeluarkan dan 28 ditahan atas pelbagai kesalahan. Mereka yang ditahan terdiri daripada 13 kerana didapati positif dadah, 10 pendatang asing, empat individu pemegang pas palsu Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan seorang atas kesalahan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penguatkuasa.

Angka ini menunjukkan keberkesanan kolaborasi operasi bersama enam agensi kerajaan. Namun begitu ia turut memaparkan sudut hitam rakyat negara ini yang masih mengambil mudah akan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. 




No comments:

Post a Comment