Monday, January 26, 2015

Larangan Kalimah Allah Dipertikai Islam Sendiri!!


Ternyata sempit dan dangkal penulisan salah sebuah media portal FMT menerusi artikel tarikh 23 Januari 2015 bertajuk 'Allah ruling reveals Malay weakness' ('Larangan penggunaan Kalimah Allah untuk bukan Islam menyerlahkan kelemahan bangsa Melayu').

Artikel ini dilihat ada hubungkait dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan gereja roman katolik bagi dibenarkan mengguna kalimah Allah. Keputusan tersebut dibuat oleh lima hakim sekaligus menamatkan cubaan berkali-kali pihak kristian untuk mengguna kalimah Allah.

Sekali lagi umat Islam sendiri yang menjadi barua kepada musuh Islam. Dato Dr Mashitah Ibrahim berulang kali mengingatkan kita akan ancaman musuh sebegini yang ingin merosakkan akidah umat Islam dari dalam. 

Tidak sedar lagikah umat Islam negara ini yang semakin terhakis pegangan agamanya. Lihat sahaja kempen pegang anjing dan gadis dipeluk cium di pentas konsert k-pop. Umat Islam belia bagai dihanyut jauh dari nilai-nilai Islam. 

Tak cukup lagikah dengan kekeliruan sedia ada dan kemudian ditambah pula dengan kebiadapan artikel ini. Ingin sandarkan artikel ini sebagai kebebasan bersuara? Atau kebebasan untuk mencetuskan huru-hara? 

Ekoran daripada itu, laporan polis telah dibuat supaya media portal tersebut disiasat dan dikenakan tindakan kerana mengeluarkan artikel yang seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah dan berbaur hasutan. 

Terdapat 8 point penting telah dimuatkan oleh pelapornya iaitu Zaparudin Abdul Rahim. Iaitu:

1- Tindakan dia yang kerap mempersoalkan isu kalimah Allah telah melampaui batas dan pertikaian ini akan melaga-lagakan orang Islam dengan bukan Islam di Malaysia.

2- Hujah dangkalnya yang kononnya kaum Melayu adalah lemah sehingga kononnya terpaksa mengharap kepada larangan kalimah Allah ini adalah amat tidak berasas sama sekali. 

3- Mahkamah telah memutuskan hal-hal berkenaan isu-isu yang sensitif seperti keagamaan dan perkataan suci demi memelihara kesejahteraan rakyat. Jadi isu Kalimah Allah ini tidak sepatutnya di bangkitkan lagi.

4- Artikel terbabit menghasut rakyat membenci Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak dengan menuduh beliau bermain dengan api dan menari mengikut rentak ekstremisme. 

5- Paling berbahaya sekali apabila dia mengaitkan isu kartun dan pembunuhan staf Charlie Hebdo di Prancis dengan keadaan yang sama di Malaysia. Seolah-olah Malaysia ini tidak selamat dan menuju ke arah kancah rusuhan dan peperangan.

6- Selain itu, dituduh kerajaan Malaysia mengamalkan fahaman Wahhabi sedangkan kita semua tahu Malaysia mengikut mazhab Shafie dan berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tuduhan sebegini memburukkan lagi keadaan dan mengelirukan umat Islam di Malaysia serta memberikan persepsi negatif di kalangan bukan Islam.

7- Di dalam artikel ini juga, menuduh dan membuat tanggapan buruk kepada Islam dengan mengatakan seolah-olah Islam melarang golongan wanita untuk keluar bekerja. Dan ada yang terpaksa menjadi pelacur kerana tidak boleh mengharap kepada sistem kebajikan di Malaysia. Jelas ini adalah satu penyelewengan fakta dan berniat jahat.

8- Untuk makluman pihak polis, ini bukan kali pertama artikel sebegini dikeluarkan oleh FMT tanpa asas dan bukti yang kukuh. Telah beberapa kali fitnah dilemparkan terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia

Mohon pihak polis menyiasat artikel ini demi mengelakkan ketegangan kaum dan agama di Malaysia. 



No comments:

Post a Comment