Wednesday, November 28, 2012

Kemana Hilangnya Kepimpinan Puteri UMNO


Itulah persoalan kepada wanita muda dalam parti iaitu Puteri UMNO setelah mereka mencecah usia 35 tahun. 

Semenjak jentera Puteri diwujudkan pada tahun 2000, banyak bakat kepimpinan generasi wanita muda berjaya dicungkil melalui pendedahan dan latihan diberikan parti.


Tapi malangnya mereka yang berbakat dari Puteri UMNO ini seolah-olah tidak mendapat tempat yang sewajarnya apabila mereka melepasi had usia yang dinyatakan tadi.

Datuk Seri Azalina memperlihatkan situasi wanita muda UMNO yang seolah-olah tidak mendapat platfom yang setaraf selepas keluar dari Puteri. Apakah hak mereka ini dinafikan?

Ini bukan isu baru, ramai dikalangan para pemerhati politik turut bertanyakan "kemana hilangnya mereka (bekas kepimpinan Puteri) ini selepas keluar dari Puteri?". 

Sekarang pun sudah terbukti ramai kepimpinan wanita muda yang berbakat lebih layak menjadi pelopor utama berbanding lelaki dalam jentera parti, tetapi jumlah mereka yang diangkat amat kecil. 

Jauh tersasar dari kuota yang sepatut diberikan.

Perkara ini perlu diberi perhatian serius bagi memastikan tiada ketirisan bakat kepimpinan wanita berlaku dalam UMNO.


No comments:

Post a Comment