Monday, January 26, 2015

Agamawan Pondok Dihargai!


Pelbagai usaha sudah dilakukan oleh kerajaan dalam memartabat dan memulihara institusi pondok di seluruh negara. Tidak dapat dinafikan bahawa kerangka awal pendidikan asas masyarakat negara ini bertitik mula dengan penerapan hal ehwal Islam. 

Perkara ini jelas kelihatan dari zaman sebelum merdeka dimana pendidikan pondok ini telah berjaya menginspirasi semangat rakyat ketika itu dalam menentang penjajah British. Ramai pelopor perjuangan menentang penjajah lahir dari institusi pondok pada masa itu.

Kemunculan tokoh-tokoh ini mencetuskan pemikiran baru di kalangan generasi muda untuk bangkit mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan tanah air. Kesedaran rakyat waktu itu, memungkinkan kepada tercapainya kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Kini institusi pondok dipertahankan dengan pelbagai bentuk bantuan oleh kerajaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah membentuk Yayasan Pendidikan Pondok Malaysia (YPPM) bagi menyalurkan dana bantuan kepada sekolah-sekolah pondok. 

YPPM ini telah dipertanggungjawabkan kepada TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai penaungnya dan bagi memasti kelancarannya Dato Dr Mashitah Ibrahim telah terplilih untuk dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif yayasan. Tiga tokoh besar ini sudah cukul membuktikan kesungguhan kerajaan membantu institusi pondok.

Terbaru Kerajaan Kedah pimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut senada, apabila mencadangkan tokoh agamawan Tuan Guru Pak Teh Mat atau nama sebenar Tuan Haji Ahmad Mohd Noor untuk dianugerahkan penghargaan tinggi Darjah Setia DiRaja Kedah.

Anugerah darjah ini bukanlah kerana ketaksuban ala PAS yang kagum dengan gambar pemimpin mereka tak kena lumpur banjir bulan sudah. Pengiktirafan ini harus dijadikan contoh kepada negeri-negeri lain bagi menghargai jasa-jasa tokoh agamawan pondok yang telah banyak mencurah bakti kepada masyarakat. 

Kami tahu bukan gelaran atau pangkat yang dikejar oleh tokoh agamawan ini. Ia merupakan satu tambah nilai kepada usaha kerajaan yang sudah menyampaikan pelbagai bantuan dengan memberi anugerah penghargaan buat ilmuan agama ini.

Kita kerap mendengar pengiktirafan diberikan kepada artis dan selebriti. Jadi mengapa pula tidak melakukan perkara serupa terhadap tokoh-tokoh agamawan ini.

No comments:

Post a Comment