Friday, January 16, 2015

Tiga Suspek Bekal Militan Ke Syria Diberkas



Tiga suspek warga Malaysia ini dipercayai giat merekrut rakyat negara ini untuk menyertai kumpulan militan Islamic State (IS) yang berpangkalan di Syria. Kesemua suspek yang baru tiba dari Australia ditahan Bahagian Anti Pengganas, cawangan Bukit Aman di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Suspek suami isteri ditahan pada 7 Januari lepas dan seorang lagi ditahan pagi semalam 15 Januari selepas diusir oleh pihak berkuasa Australia kerana menyalahgunakan visa pelancong.

Ketiga-tiga mereka berada di Australia dengan berselindung sebagai pekerja ladang. Mereka menggunakan alasan bayaran lumayan dengan gaji RM6,000 sebulan mempengaruhi mereka bekerja di sana.

Pernularan ideologi IS semakin membimbangkan kerana mempunyai pengikut di serata dunia termasuk Malaysia. Setakat ini negara kita dipercayai dijadikan lokasi transit dan merekrut militan, bukan sebagai tempat latihan seperti dihebohkan oleh puak pembangkang.

Kebimbangan penyebaran dakyah estrimisme dikalangan warga negara ini telah dibangkitkan oleh Dato Dr Mashitah Ibrahim dengan tegas di perhimpunan agung UMNO, forum-forum dan penjelasan kepada para media.

Keadaan ini perlu diambil serius memandangkan banyak usaha merosakan pemikiran belia negara ini supaya menyertai jihad songsang militan negara luar. Golongan belia menjadi sasaran kerana mudah dikelirukan dengan sebaran dakyah yang bertopengkan Islam.



Pembawakan dan penerangan yang dilihat Islam pada luaran. Hakikatnya tidak mengikut kepada syariat Islam yang sebenar dalam berjuang. 

Langkah membendung penyebaran dakyah ini telah digerakkan namun sukar diberkas serta merta memandangkan individu atau kumpulan ini licik berlindung di kalangan masyarakat.

Risikan pihak polis belum cukup untuk menghapuskan gerakan jihad songsang di sini. Maka maklumat orang ramai amat dialu-alukan bagi melicinkan operasi membanteras. 

Kerana mungkin ada di antara kita yang dihampiri oleh individu tidak dikenali atau kawan yang cuba-cuba menarik anda masuk gerakan sulit kononnya jihad ke jalan Allah. Jika ada sila laporkan sebelum parah.

Tiga suspek tadi ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Bab 5A - Kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan disiasat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Pihak polis mempertingkatkan gerak kerja risikan dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan selepas pemimpin IS mengeluarkan arahan supaya ahli-ahlinya diseluruh negara bertindak. Apa yang ingin dilakukan oleh ahli IS disini? 

Jangan buat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan keresahan yang tidak bertempat pada rakyat. Biar pihak polis melakukan kerja mereka. Semoga usaha PDRM dipermudahkan untuk menjaga keselamatan negara!

No comments:

Post a Comment