Dato Dr Mashitah Ibrahim sendiri telah mendedahkan bertapa chauvinist dan rasis parti roket ini terhadap melayu dan Islam. Beliau turut mengingatkan bagaimana reaksi DAP yang begitu berbelah bahagi untuk sebumbung bersama PAS.
Sebelum ini DAP yang diketuai oleh Lim Kit Siang pernah menarik diri dari menyertai pakatan pembangkang ketika PRU 1982 dan 1990 kerana membantah dasar negara Islam dan hudud PAS. Cubaan gabungan pembangkang seterusnya bergolak lagi pada 2001 apabila PAS enggan menurut persefahaman dalam Pendirian Lima Perkara sewaktu dalam Barisan Alternatif.
Puak-puak parti roket paling kerap memperlekehkan azan, puasa, zakat, menghina kesucian masjid dan paling lantang menentang dasar Islam PAS. Kesudahannya PAS tetap dakap erat DAP dalam pakatan pembangkang dan UMNO pula yang dipersalahkan.
Mengapa? Sudah tentu puak Anwarinas dalam PAS memainkan peranan memperbodohkan macai-macai. Tidak kurang juga dengan taburan janji kosong ketum, Anwar Ibrahim yang membuatkan PAS layu melekat dalam kejijikan pakatan.
Cubaan menurut kehendak rakan DAP-PKR diharap mendapat balasan setimpal. Malangnya, segala manis diberikan hanya sia-sia apabila DAP tetap membantah hudud dan hasrat penubuhan negara Islam ala PAS. PKR pula sekadar berpeluk tubuh membiarkan sahaja pertelagahan antara dua rakan parti.
Jelas DAP berusaha menjadi parti lebih kuat untuk mencapai matlamat serampang dua mata, yakni mencabar kekuatan UMNO-BN di Parlimen selain menyekat hasrat Pas menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.
DAP yang berada pada kedudukan paling kuat dalam pakatan pembangkang merasakan PAS harus tunduk dengan kehendak mereka. Jadi usaha bersama UMNO-PAS yang akan mengadakan sesi khas persediaan membawa rang undang-undang (RUU) hudud ke Parlimen tidak lama lagi begitu mencemaskan DAP.
Bagi DAP usaha ini tidak baik untuk demokrasi dan hak asasi rakyat, boleh menjejas kemajuan ekonomi dan persaingan antarabangsa serta membantut usaha mengekalkan Malaysia sebuah negara sekular.
No comments:
Post a Comment