Bila air mula surut paras lutut, boleh pula terpacul sorang-sorang pemimpin pembangkang ni! Lebih lawak blogger pro pembangkang yang kelam kabut nak divert kehilangan pemimpin mereka sebelum ni tampil dengan bermacam cerita magic. Antaranya air terus surut bila Anwar turun dan gambar mirip Nik Aziz tak berlumpur. Konon-konon nak tunjuk ada keramat kot.
Tak cukup dengan semua itu, mereka tubuhkan pula tabung kutipan derma nak bantu mangsa banjir. Kepada yang hendak menderma tabung ni tidak menjadi masalah, selebihnya biar pengurus tabung yang pegang amanah sampaikan kepada mangsa. Bukan pertikai, cuma terkenang kisah seribu satu macam tabung yang sudah dibentuk PAS selama ini.
Rakyat tak akan lupa tentang tabung Memali yang dikatakan untuk membantu meringankan beban balu-balu dan anak yatim insiden Memali. Tabung lebuhraya rakyat untuk projek lebuhraya di Kelantan. Tabung Lahad Datu untuk mangsa serangan penceroboh di Sabah. Tabung tin milo di setiap ceramah-ceramah dan bermacam-macam lagi tabung.
Malangnya kemana hilangnya hasil kutipan tabung-tabung tersebut. Keluarga, balu dan anak yatim Memali dan Lahad Datu terabai serta lebuhraya tak siap-siap. Perlukah kita senaraikan projek-projek yang dilancarkan oleh kerajaan PAS yang menjadi gajah putih. Dicanang untuk rakyat, tetapi hasil kutipan lesap dan dibisu begitu sahaja.
Dengan banyak prestasi buruk, PAS masih tidak segan menubuhkan tabung terbaru untuk mangsa banjir dan tabung bina semula rumah! Walhal sudah banyak tabung sedemikian dibentuk oleh NGO dan kumpulan-kumpulan bebas bagi memudahkan rakyat menderma. Pelan pembinaan rumah sementara juga sudah diumumkan oleh Kerajaan Pusat jauh lebih awal. Jadi apa tujuan sebenar tabung ini.
Tidak cukup merompak hasil tabung, Kerajaan PAS rupanya dengan rakus meratah hasil balak. Perkara ini mendapat perhatian Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, dengan bertitah musibah yang berlaku ada hubung kait dengan tindakan manusia dengan alam sekitar. Selanjutnya baca sini.
Agaknya berapa buah rumah dapat dibina dengan kayu-kayu balak yang ditebang tersebut. Pasti banyak boleh dimanfaat di waktu sekarang ini. Tetapi telah dirompak kroni-kroni pembangkang.
No comments:
Post a Comment