Tuesday, January 13, 2015

Realiti & Sandiwara Bantuan Kepada Mangsa Banjir


Dah ketandusan idea gamaknya dalam usaha memburuk-burukan kerajaan. Puak pembangkang terutamanya macai DAP cuba pula cetuskan persepsi negatif terhadap Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong yang didakwa berlakon dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Nak canang pada rakyat kononnya jentera MCA ni tak buat kerja.

Nak cerita banyak pun tak guna! Kesibukan puak DAP menabur fitnah tidak mendatangkan sebarang manfaat di waktu bala menimpa warga Pantai Timur. Usaha mereka ini hanya mengundang marah rakyat terutama mangsa banjir yang melihat sendiri bagaimana MCA bertungkus-lumus menghulurkan bantuan berterusan kepada mereka.


Setakat ini sudah lebih 1000 tan bantuan dalam pelbagai bentuk jenis barangan dan dana telah disalurkan kepada mangsa banjir di seluruh kawasan terjejas banjir. Bantuan ini pula tidak terhenti disitu, dimana MCA melalui CRSM sudah pun bermula dengan fasa kedua iaitu kerja-kerja membersih dan memperbaiki kerosakan disebabkan oleh banjir.



Nilai bantuan dan jumlah tenaga yang dicurahkan oleh MCA dalam operasi fasa pertama dan kedua ini adalah realiti yang cuba dilenyapkan oleh DAP melalui fitnah terhadap Ka Siong. Fitnah mereka sebenarnya adalah alasan untuk mengalih perhatian rakyat dari sandiwara mainan mereka dalam menghadapi banjir selama ini.

Rakyat sendiri dapat melihat bagaimana drama Kit Siang yang menaiki bot seolah meredah banjir jauh ke pelusuk Kelantan. 


Bagaimana pula dengan wayang Mat Sabu yang tiba-tiba tenggelam sama tinggi dengan budak sekolah. Sesi berendam main air rupanya.

ADUN Meru juga turut buat gimik mengharungi banjir bagi menyampaikan bantuan sebungkus beg plastik kepada budak sekolah. 


Lebih lawak, MB Selangor, Azmin Ali bikin nangis apabila membasuh baju mangsa banjir. Sedangkan gambar selanjutnya menunjukkan kisah sebenar.


 

No comments:

Post a Comment