Sunday, January 4, 2015

Gambar Nik Aziz Magic Tak Kena Lumpur!! Ketaksuban Atau Kebangangan!?


Taksub atau publisiti murahan bangang? Atau kedua-keduanya sekali!? Puak-puak PAS jadi kagum bila ada gambar 'dikatakan mirip' Nik Aziz di salah satu lokasi yang terkena banjir tidak terjejas dek lumpur. Bukan hendak merendahkan golongan yang taksub ini tetapi mereka yang meletakkan diri mereka rendah begini.

Apa sebenarnya yang difikirkan oleh puak-puak ini! Mengapa berita tentang sekeping gambar pula hendak disensasikan sedangkan ada perkara lebih penting harus diwarwarkan kepada umum. Seperti kesan kerosakan yang berlaku selepas dilanda banjir, bantuan susulan yang sepatutnya dilakukan dan persediaan bagi menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua.


Lihat sendiri keadaan di ground zero:





Tapi puak-puak pembangkang terutamanya PAS nampaknya lebih berminat dengan "keajaiban" gambar mirip Nik Aziz yang mungkin dapat digunakan untuk memperbaiki kerosakan dan membersih kesan lumpur yang tebal.  


Mereka nampaknya tak sabar menanti liputan rakaman video tentang gambar tak kena lumpur tu. Tak ada ke yang buat liputan tentang spender besar yang tak kena lumpur? 

Kot kot keajaiban macam tu boleh meningkatkan publisiti PAS sekaligus menutup pekung dari mata rakyat terhadap kelembaban mereka menghulurkan bantuan serta kehilangan KETUM, Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Guan Eng dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta ketika banjir melanda.




1 comment:

  1. Salam.

    Melihat kepada scenario keadaan banjir di Kelantan yang melibatkan 9 Jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tumpat, Tanah Merah dan Kota Bharu dengan tempat terjejas teruk seperti Manek Urai, Latarek Luloh, Dabong dan banyak lagi.Rata-rata, rakyat Kelantan drp kawasan banjir ini sekarang "Menangis Tidak Berlagu", "Termenung Mereka sendiri akan Masa Depan Yang amat Kelam", akan tetapi harapa yang sekian lama diletakkan dan dibanggakan ke atas Para Pucuk Pimpanan PAS berbagai Peringkat, hanyalah seperti pegar memakan padi.

    Para Pemimpin PAS sungguh pandai bermain kata-kata, menunding jari kesana kemari, tanpa memperdulikan apa nasib mangsa banjir. Segolongan mereka yang digelar Ustaz, Ulama, Alim Agama iniyang rata-rata memiliki Sejemput Janggut di Dagu ini, menunjukkan kedangkalan tahap keImaman masing2.. Mereka yg digelar beriman ini, mula menunjukkan sikap dan tamak haloba, ego, bongkak dan sombong terlampau apabila mereka-mereka ini mengeluarkan kata-kata yang tiada satu pon yang dapat menghilangkan kegusaran, menghapus penderitaan, apatah lagi bersimpati dengan musibah banjir yang melanda.Jauh sekali mereka ingin atau mahu memohon maaf di atas kedhaifan dan kurang cekapan mentadbir urus musibah banjir, malah mereka mengemukan pelbagai alasan seolah lari drp tanggungjawab dan tiada pon sifat mahu muhasabah diri.. Ini ker Islam Pas???

    Sudah dinyatakan bahawa Kerajaan pusat jugaklah yang akan mengeluarkan danan sebanyak RM52.5 juta mungkin lebih untuk membina kembali rumah-rumah yang di hanyutkan airbah yang deras dan laju. Tetapi jumlah ini akan naik sekali ganda, mungkin berganda-ganda, apabila diwartakan semua penempatan di perairan sungai tidak selamat di diami, maka akan berdondong-dondong lagi yang akan merayu memohon bantuan perumahan drp Kerajaan.

    Masalah Utama yang menyebabkan Air Bah Laju dan Deras naik mendadak di kawasan 9 Jajahan tersebut adalah keranan kerakusan Pihak Pentadbiran Negeri Kelantan di Bawah Kerajaan PAS dalam memberikan sejumlah 4,000 hektar tanah kpd Jahanam Bga dan Ngeh Bersaudara drp DAP, yg mana secara fizikalnya boleh dilihat kekayaan mereka bertambah selepas projek balak & tanah diperolehi drp Kerajaan Pas Kelantan..

    Anak-anak Kelantan diSERU agar menuntut Pembentangan dan penjelasan drp Kerajaan Kelantan:

    1. Berapakah Hasil Kerajaan Pas perolehi daripada Hasil Penjualan Balak & Tanah di kawasan terbabit?

    2. Siapakah yang bertanggungjawab memberikan kelulusan ke atas aktiviti pembalakkan tersebut?

    3. Apakah pemberian ini mengikut prosedur dan tatacara urusan Tanah Kelantan?

    4. Kemanakah Wang Hasil Penjualan Balak dan Tanah dibelanjakan.

    5. Jika sekiranya di Selangor, MB Azmin Ali menuntut semula pembayaran balik wang sejumlah RM2.6 juta yang dikatakan dibayar dengan tidak mengikut peraturan dan prosedur tertentu...APAKAH boleh Anak-Anak Kelantan mendesak Kerajaan PAS menuntut ganti rugi drp DAP Bangsat Nga & Ngeh Bersaudara ke atas kerugian yang mereka alami akibat drp Banjir Besar melanda. Ini adalah Hak Mereka sebagai Rakyat yang tertindas dan teraniaya akibat drp Kerakusan DAP Bangsat meneroka dan membotakkan kawasan Tadahan Hujan.

    6. Rakyat Kelantan kesemuanya mestilah bangun menuntut Hak dan Kebenaran drp Kerajaan Pas Kelantan.. Kalau Hak sendiri pon tak mampu dibela, jangan harap Banjir seperti ini tidak berulang kerana Kerajaan Pas akan memberikan lebih banyak kawasan Balak demi untuk mendapatkan DANA PILIHANRAYA ke 14.

    Apakah Rakyat Kelantan "THE RED WARRIOR" ini betul-betul berani? atau hanya gah pada slogan saja?

    ReplyDelete