Wednesday, May 17, 2017

Kecelaruan Bakal PM Dari Pakatan Harapan


Segala seginya bercelaru dalam Pakatan. Dalam hal GST pun lintang pukang ketetapan mereka. Sebelum ini bukan main beriya-iya puak pakatan dalam memburukan perlaksanaan GST. Pelbagai kempen dan himpunan dilakukan bagi menggambarkan yang rakyat terseksa dengan GST. Tidak semena-mena Nurul Izzah mengatakan akan mengekalkan GST jika Pakatan memerintah baru-baru ini.

Ramai kalangan penyokong pakatan terkedu dengan kenyataan Ahli Parlimen Pantai terbabit. Mereka merasakan segala kos dan tenaga yang dikeluarkan dalam kempen anti-GST terus dibakulsampahkan oleh Nurul dengan mudah. Mereka merasakan jika GST kekal, apa gunanya ubah kerajaan. 

Pemimpin pakatan sedia maklum dengan reaksi penyokongnya cuba ditenangkan dengan kenyataan  Lim Guan Eng. Beliau menyebut GST yang dilaksanakan pakatan adalah berkadar sifar peratus (0%)?? Bertambah haru lagi benak fikiran penyokong pakatan dalam hal begini. Terus didiamkan sahaja oleh para pemimpin pakatan dengan mengalihkan kepada isu lain.

Terbaru pihak pakatan telah mengadakan sidang media yang turut dihadiri oleh Tun Mahathir dan TS Muhyiddin. Dalam sidang terbabit, barisan kepimpinan tertinggi DAP, PKR dan PAN telah mengangkat sepanduk kecil yang bertulis "Anwar PM Ke-7". Ini menunjukkan tiga parti terbabit sebulat suara dalam pemilihan bakal PM mereka.


Akan tetapi Pakatan Harapan kini turut dianggotai oleh parti baru iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai Presidennya, Muhyiddin dan Pegerusinya, Mahathir. Bukan rahsia bahawa matlamat penubuhan PPBM ini adalah bagi dijadikan alat supaya DS Mukhriz dapat menjadi PM akan datang. 


Jadi tidak hairanlah mengapa Mahathir enggan turut serta memegang sepanduk pada sidang media tempoh hari. Tidak mungkin parti komponen lain akan bersetuju dengan pilihan parti yang baru setahun jagung.

Dari dulu Pakatan tidur sebantal tapi bermimpikan lain-lain. Tiada kesepakatan dalam dasar-dasar Islam ketika PAS bersama mereka dulu. Tiada kesepakatan dalam GST yang dulu ditentang mereka. Sekali lagi tiada kesepakatan dalam pilihan bakal PM dikalangan mereka.


No comments:

Post a Comment