Friday, January 16, 2015

Mahfuz Tanya! Zahid Jawab!


Lawak puak PAS nak divert isu dari kebangangan mereka membantu mangsa banjir. Masa banjir melanda hilang entah kemana. Sekadar menjadi penonton dan pengkritik menyalahkan kerajaan pusat itu ini tak kena. Bila banjir dah reda terpacul beriya-iya macam nak bantu.

Tapi sekadar tunjuk muka, hantar dua tiga bungkusan dan beraksi rendam dalam air. Tak percaya tanya Mat Sabu. Kali ni puak pembangkang divert dengan menuduh kerajaan lindung dan sokong penjenayah rakyat Malaysia, Paul Phua yang telah diberkas FBI atas kegiatan perjudian dan kongsi gelap di Amerika Syarikat.


Hal dalam negara pun huru hara nak selesaikan. Tiba-tiba PAS melalui Mahfuz bean tunjuk hebat nak uruskan hal ehwal antarabangsa. Kapal sendiri tengah karam, lagi mahu sibuk buruk-burukkan kapal orang lain. Gambar bawah kenyataan dari Mahfuz.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi selamber jer sekolahkan si Mahfuz ni. Hal-hal keselamatan macam ni melibatkan isu keselamatan yang berstatus Rahsia Besar dan tidak boleh sewenang-wenangnya diwar-warkan kepada umum atas faktor kepentingan dan keselamatan negara. Bahkan maklumat-maklumat rasmi Kerajaan tersebut turut dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi 1972.

Mahfuz ingat ni macam gosip pasar malam gamaknya. Sesuka hati boleh heboh-heboh pada orang ramai. Ketua Polis Negara turut mengesahkan Paul tiada sebarang kaitan dengan mana-mana kongsi gelap. Berikut adalah kenyataan media oleh Zahid:



No comments:

Post a Comment