Friday, January 2, 2015

Banjir!! Keprihatinan Kerajaan Pusat Diterjemah Dengan Pelbagai Bentuk Bantuan!

 

Lantaklah apa macai-macai dan puak pembangkang nak kata, apa yang jelas rakyat sendiri dapat melihat bagaimana respon puak pembangkang dalam menghadapi banjir ini. Kerajaan pusat dengan agensi-agensi yang terlibat telah bersiap sedia dengan kelengkapan, barang keperluan dan koordinasi sejak dari pasca banjir lagi sehinggalah sekarang.

Mereka hanya tahu menabur fitnah dan berpolitik dari memberi sebarang tindakan segera dalam membantu mangsa-mangsa banjir. Segala bantuan yang digerakkan oleh kerajaan pusat bersama agensi-agensi dikeji, dihina, sehingga ada cubaan pemimpin pembangkang menghalang mangsa banjir dari menerima bantuan tersebut. Katanya Haram! Bahlol sungguh!


Kerajaan pusat yang turun dengan jentera-jentera bantuan melihat sendiri bencana yang melanda rakyat Pantai Timur. Jumlah kerugian pula, dikatakan mencecah RM1 billion dan tempoh untuk memperbaiki kerosakan pula memakan masa beberapa bulan. 

Kemudahan sekolah-sekolah, kolej dan institusi pendidikan lain terjejas teruk dan perlu masa untuk dipulihkan. Murid-murid dijangka belajar dalam keadaan serba kekurangan pada pembukaan sekolah nanti memandangkan masih banyak meja kerusi dan peralatan sekolah terendam dan berlumpur. 

Pembersihan sekolah-sekolah harus dilakukan pada kadar segera dan bantuan dari kalangan sukarelawan diperlukan dalam mempercepatkan usaha pembaikan. Kelonggaran mungkin dipertimbangkan oleh pihak kementerian kerana masih ramai ibu bapa yang belum membeli peralatan persedian persekolahan anak-anak. Kerugian yang ditanggung, pasti akan menghadkan kemampuan perbelanjaan ibu bapa.


Kerajaan pusat cuba sebaik mungkin dalam usaha meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir. BR1M dipercepatkan, dana bantuan ditambah, pelan pembinaan rumah sementara dirangka dan banyak lagi bantuan yang mana dinilai bersesuaian dengan keperluan rakyat.

Tindakan beginilah yang diharapkan oleh rakyat dalam meringankan kesulitan mereka. Bukan sepanjang masa berpolitik, mengkritik dan mengutuk semua benda tak cukup itu ini tak kena. 

Dalam keadaan ditimpa BENCANA, dibadai MUSIBAH, dihurung DERITA. Adakah kita masih lagi tidak sedar dimana kedudukan kita? Adakah kita masih mampu hendak memilih-milih dikala terdesak begini? Apakah kita masih tidak sedar dugaan yang diturunkan ini sebagai peringatan buat hamba-NYA yang lupa dan berlaku zalim? 

Kita semua dapat mengambil ikhtibar dari semua ini dan sentiasalah mensyukuri nikmat-NYA yang datang dalam pelbagai cara. Ramai diantara kita yang ketika terperangkap banjir tidak henti-henti memanjatkan doa memohon bantuan dari-NYA. Rasanya bentuk bantuan yang bagaimana ALLAH janjikan kepada mereka yang berdoa itu. 

Wuallah huallam! Anda sudah laluinya. Anda mampu menilai sendiri!






No comments:

Post a Comment