Inisiatif perlaksanaan sistem berkupon telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Syed Hamid. Ketika ini sistem ini dikendalikan oleh Koperasi Pemandu Teksi Wilayah Iskandar (KASTURI) dan beroperasi 24 jam sehari dengan surcaj RM2.
Dengan adanya sistem kupon ini, diharap gejala ulat teksi dapat dibendung sekaligus memulihkan kembali kebolehpercayaan pengguna terhadap perkhidmatan teksi di Larkin Sentral.
Bayaran surcaj yang ditetapkan adalah sebagai langkah bagi mengelak penipuan. Disamping keselamatan penumpang terjamin kerana kesemua 340 teksi dibawah sistem ini mematuhi peraturan degnan mengenakan tambang mengikut meter sekaligus mengelak cubaan untuk menipu.
Pihak KASTURI menjelaskan bayaran surcaj itu tidak akan dikenakan ke atas penumpang orang kurang upaya (OKU), warga tua dan pelajar.
Usaha KASTURI ini harus menjadi contoh kepada persatuan atau koperasi untuk melaksanakan sistem teksi berkupon. Langkah ini dipercayai dapat meminimumkan aktiviti salah laku pemandu teksi yang menipu pengguna terutamanya para pelancong sehingga menjejaskan imej negara.
No comments:
Post a Comment