Friday, January 9, 2015

Harga Petrol Nak Turun Lagi!! Berbelit-belit Rafizi Punya Strategi!!



Sebelum ni ahli parlimen pondan, Rafizi  punya kecoh desak kerajaan turun harga minyak. Kononnya kerajaan BN kelentong dan ambil kesempatan terhadap rakyat di waktu harga minyak dunia menjunam. Katanya kerajaan sengaja letak harga petrol tinggi untuk kaut keuntungan. Di kencing lagi rakyat dengan dakyah nak turun harga barang, kena turun harga minyak.

Dengan macai-macai pembangkang sendiri bolehlah Rafizi nak berdegar cerita. Walhal rakyat sudah bijak menilai mentaliti dan wayang yang cuba dimainkan. Harga minyak yang diunjur menurun itu adalah harga minyak mentah bukan harga petrol yang sudah siap diproses dan terjual di stesen minyak. Kerana penetapan harga petrol adalah bergantung kepada kiraan formula APM:


Dah kantoi, mamat ni terus memperbodohkan macai-macai mereka dengan berdemo turun harga minyak. Ketika itu pasaran minyak mentah sememangnya dalam mode tidak menentu dan pihak kerajaan sentiasa memantau keadaan pasaran, trend negara pengeluar minyak, permintaan negara-negara maju, kesan ekonomi kepada Malaysia keseluruhan dan faktor-faktor penting lain sebelum membuat sebarang keputusan.

Setelah semua faktor diambil kira barulah kerajaan memutuskan untuk menurunkan harga runcit petrol kepada RM1.91 bagi RON95 dan RM2.11 bagi RON97 berkuatkuasa 1 Januari lepas. Bukan main hentam keromo hendak turun serta merta.

Bila harga runcit petrol turun, Rafizi cuba coverline cakap tak perlu berdemo, walhal tiada sambutan dari macai-macai pembangkang. Apa yang jelas sekarang, tiada sebarang indikasi yang harga barang akan turun setelah kerajaan mengumumkan harga turun. Rafizi berubah skrip terus kata penurunan harga ni akan membuatkan pengendali stesen minyak bankrap. 



Sedangkan puak-puak ni jugak yang mendesak harga lebih rendah. Bila strategi tak menjadi tuduh pula kerajaan aniaya pengendali stesen minyak. Terbaru, beliau pusing lagi cakap harga runcit petrol sepatutnya turun kepada RM1.61? Split personaliti bangang apa yang cuba dimainkan?!! 

Sekejap bunyi macam penyelamat pengguna sebab desak turun harga minyak. Bila harga petrol turun, berubah pula jadi penyelamat pengendali stesen minyak sebab minyak turun terlalu rendah kepada RM1.91. Habis tu yang ko minta RM1.61 tu bukan lagi rendah ke? Sengal!
 
Jelas berbelit-belit pendirian yang di buat oleh mamat pondan. Kesudahannya beliau terperangkap dengan permainan sendiri. Strajijik yang diketengahkan ini, tidak lain untuk mengalih perhatian rakyat kepada isu yang lebih besar bakal dimainkan oleh puak pembangkang sikit masa lagi.

No comments:

Post a Comment