Sunday, January 11, 2015

Tiong Lai Respon Pantas Perbaiki Kerosakan Jambatan Di Bentong


Banjir kilat yang melanda kawasan Bentong, Pahang telah mengakibatkan kerosakan serius pada struktur jambatan Sg Bentong. Kejadian dilaporkan berlaku awal pagi tadi dan sebuah lubang besar dikesan terbentuk dipercayai berpunca dari hakisan arus deras.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai terus bergegas ke lokasi insiden bagi menggerakkan pelan pembaikan. Walaupun sibuk mengkoordinasi bantuan banjir di Pantai Timur serta memantau operasi SAR QZ8501, beliau sudah siap sedia memikul sebarang kemungkinan begini.

Kerosakan pada jambatan Sg Bentong terpaksa ditutup bagi mengelak perkara yang tidak di ingini berlaku, sekaligus mengakibatkan hubungan antara Bentong ke Raub terputus. 

Sehubungan itu, Tiong Lai yang juga Ahli Parlimen Bentong telah bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR), pegawai majlis perbandaran serta pihak-pihak berwajib bagi membentuk laluan alternatif lain.



Laluan alternatif untuk kenderaan telah dilencongkan melalui Felda Sertik - Mempaga - Kg Lebu - Raub. Selain itu, laluan pejalan kaki dan motorsikal juga telah dibuka bagi menghubungkan warga Bentong ke kawasan berhampiran. 

Perkhidmatan shuttle-bus turut disediakan dari 6pagi - 7petang di kawasan medan selera Kg Baru dan Sekolah Katholik bagi memudahkan mobiliti warga Bentong.

Pegawai Daerah Bentong, Dato Azhar Arshad dan YDP Majlis Perbandaran Bentong, Mohamad Shahid Ismail antara yang hadir berganding bahu bersama Tiong Lai dalam menganalisis situasi, meninjau kesan kerosakan serta merangka pelan pembaikan yang sewajarnya. 



Kerja selenggaraan jambatan Sg Bentong akan mengambil masa dua hari atau lebih, ia penting bagi memastikan laluan tersebut benar-benar selamat sebelum dibuka kepada orang ramai. 

Respon pantas beginilah yang diperlukan oleh rakyat. Bukan seperti pembangkang yang hanya tahu mengkritik dan berpolitik menabur fitnah tanpa sebarang tindakan susulan.

Rakyat melihat sendiri bagaimana pihak MCA tidak membuang masa turun padang membantu mangsa banjir. Ketika itu puak DAP masih sibuk melalak bersandiwara. Bila pemimpin DAP terkantoi, bercuti ke Paris barulah hendak kelam kabut main wayang bawa 2-3 troli hantar bantuan dan bergambar untuk diupload ke Facebook. Adakah ini Ikhlas membantu rakyat? Anda mampu menilainya.



1 comment:

  1. JAN 2012 konon nak siaPkan jambatan ni.....

    bro, kau tak tanya ke ahli Parlimen bn tu....

    ReplyDelete