Sunday, November 3, 2013

351 sudah berhijrah kepada BN


Sudah lima penggal peluang diberikan oleh rakyat Sg Limau kepada Pas. Namun Pas tetap gagal membawa pembaharuan kepada masyarakat setempat. 

Kempen KEKAL Pas di Sg Limau hanya memberi gambaran nasib penduduk Sg Limau yang sudah lima penggal kekal dalam kedaifan dan penafian hak untuk mengecapi hidup yang lebih baik sejak bersama Pas.

Adakah rakyat Sg Limau sanggup menyambung sepenggal lagi bersama Pas? Apa yang pasti 351 orang sudah umum sertai Umno. 

Mereka ini merupakan bekas ahli Pas yang terdiri dari lima buah kampung iaitu Kampung Permatang Keramat, Kampung Klinik, Kampung Sungai Limau Dalam, Kampung Titi Simen dan Kampung Tok Rama.

Borang keahlian Umno telah diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Umno bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, di Kampung Kabu 10.


Berita ini telah menggusarkan Pas dan jentera mereka sedang memikirkan cara untuk merosakkan kredabiliti bekas-bekas ahli Pas ini. Skrip biasa yang mungkin akan digunakan adalah mereka ni semua telah dibayar. Paling lawak Mahfuz bean leh tuduh kata semua bekas ahli Pas ini di bayar RM100!? Tak payah lah nak kalut sangatlah Mahfuz!

Begitulah Pas, enggan mengakui kegagalan dalam memelihara kebajikan penduduk Sg Limau ketika saat rakyat memerlukan. Tapi terus cuba menabur fitnah menyerang sesiapa sahaja demi mencapai matlamat.

Jumlah 351 orang ini merupakan titik mula keberanian rakyat Sg Limau yang ingin berhijrah kepada lebih baik. Berhijrah demi anak cucu Sg Limau. 

Jadi ini pesanan dari yang sudah berhijrah kepada yang belum. Berhijrahlah kepada Barisan Nasional!

2 comments:

  1. 1. Sedara.....hang nampak tak pak cik yang baju t-shirt berbelang hijau putih turrrrr kah kah kah kah kah

    2. Hanc cuba tengok pesbook menteri agama hang. Ada lagi tak gambar2 yang hang cakap turrrr??? Ada lagi tak???

    Boleh tahan betol macai macam hang menipuuu!!
    Woii sedara...sekarang zaman dunia internet laaa, bukan zaman sebelom merdeka!! kah kah kahlah lah

    ReplyDelete
  2. Ala brader x pernah dgr ke gambar sekadar hiasan.

    Aku baca blog barua Pas Pkr pun sama pakai gambar x ada kena mengena dengan event semasa.

    Jadi x payah nak kalut lah brader. Konon lu nak bukak busuk orang. Busuk Pas Pkr lagi pering tau.

    ReplyDelete