Monday, May 9, 2011

Felda Trading cari stokis produk kesihatan


Apa yang lazim dilihat ialah masyarakat tempatan lebih mengagungkan produk luar negara, padahal kita mempunyai produk tempatan yang sama taraf, atau kadangkala lebih baik. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Felda juga mempunyai produk makanan dan kesihatannya sendiri yang diusahakan dan dipasarkan oleh oleh Felda Trading Sdn Bhd. 

Antara produk yang dikeluarkan ialah perencah makanan berjenama Slera, minuman berjenama Fresha serta produk kesihatan berasaskan herba Biofeld. Produk-produk ini boleh didapati di rangkaian pasaraya D’Mart di hampir kesemua kawasan Felda. 


Malangnya ia sukar didapati di pasaraya tempatan. Felda Trading sepatutnya meletakkan produk ini di pasaraya tempatan popular seperti Giant atau Mydin, serta Hentian Puduraya dan Cheras yang sudah canggih sekarang.

“Produk-produk kami  sama hebatnya dengan produk jenama lain. Produk kami lebih sedap dan lebih murah,” kata Pengurus Jenama Felda Trading, Baba Abdullah.

Menurut Baba, jenama Slera menyediakan Perencah Paprik, Beriana Arab, Kurma, Kerutuk Cik Banding dan Gulai Kawah. Sementara produk-produk Fresha ialah Kopi Campuran Herba, Teh Tulen Ceylon.

Di bawah Jenama BioFeld pula terdapat produk Cuka Madu, gabungan epal hijau dan madu asli. Ia berfungsi mengekalkan kesihatan, mencantikkan kulit dan membakar lemak. Kordial Kurma Habbatus Sauda pula boleh membantu menghaluskan kulit, mengatasi masalah sembelit, memberi tenaga kepada ibu mengandung dan baik untuk perkembangan otak bayi.


Tongkat Ali Plus dalam bentuk kapsul boleh memulihkan tenaga dan kesihatan lelaki. Ia dipercayai dapat meningkatkan daya ketahanan dan keupayaan mengembalikan ketegangan. Pegaga Ex Plus diperkaya dengan vitamin B Complex boleh membantu pembinaan minda, merangsang sistem peredaran darah dan meningkatkan tenaga. Ia juga boleh merangsang pertumbuhan kuku dan rambut. 



Produk Peria Ex Plus membantu mengurangkan kadar gula dalam darah serta kolestrol  dan  mengawal kencing manis. Hempedu Bumi Ex Plus yang mempunyai antioksidan, membersih darah, mencegah demam, batuk, selsema dan mengurangkan kencing manis.
Pesakit gout dan batu karang boleh mencuba Teh Misai Kucing. Sementara produk Ekstrak Lobak dapat menambahkan tenaga, menyegarkan badan dan mengurangkan tekanan Darah Tinggi. 

Bagi penggemar kopi, mereka boleh mencuba Bio CafĂ© yang mengandungi lima jenis herba, iaitu Tongkat Ali, Mata Pelanduk, Teja Lawang, Tebu Gajah dan Mengkudu Hitam. Menurut Baba, kopi campuran ini  dapat merawat sengal tulang, gatal-gatal, cirit-birit dan sakit pinggang. 

 
Kopi Kawe pula untuk meningkatkan tenaga lelaki serta membantu menyembuhkan kanser prostate, darah tinggi, kencing manis dan gout. Khusus untuk golongan hawa ialah Teh Cotet Mas yang mempunyai kandungan yang bertindak sebagai anti-oksidan dan anti-flamantori. 

Baba berkata, selain membantu warga peneroka, Felda Trading juga mahu membimbing masyarakat umum menjadi usahawan. Katanya, mereka yang berminat menjadi stokis untuk produk-produk berkenaan boleh datang ke Felda Trading Sdn Bhd di Tingkat 1, Blok F, Anjung Felda, Jalan Maktab, Kuala Lumpur, atau menelefon 02-2694 6019 atau menghubunginya terus di 019-226 8306.


1 comment:

  1. Tahniah Felda kerana memperkenalkan konsep Felda Mart.. Tetapi sayangnya Felda Mart hanya ada di kawasan Felda.

    Anak2 Felda yg bekerja di serata Malaysia khususnya di bandar juga ingin membeli produk Felda.

    Saya cadangkan Felda Mart ni di bawa ke satu tahap baru seperti konsep Hipermarket seperti "Mydin atau Giant".

    Saya percaya Felda mampu melakukannya.

    ReplyDelete