Wednesday, November 6, 2013

Maut di alam maya! Maut di dunia nyata!


Game over! Itu selalunya mesej yang akan diterima apabila watak kita kalah atau mati dalam permainan video. Tetapi lain pula jadinya pada salah seorang pemain video game di Penang yang menemui ajal di hadapan komputer di rumah.

Kejadian berlaku di Bandar Baru Air Itam di mana seorang pemuda meninggal dunia dipercayai bermain permainan komputer berterusan selama lebih 15 jam.

Ong Yee Haw, 23, yang keluar dari rumah untuk ke kafe siber pada Ahad petang, hanya pulang ke rumah pada kira-kira pukul 1 petang hari berikutnya.

Ibu Ong, Chew Qun Juan, 62, berkata bahawa anak lelaki tunggalnya itu begitu ketagih dengan permainan komputer sejak dia berhenti kerja di sebuah restoran lima bulan lalu.

Difahamkan bahawa dia pulang ke rumah dan terus bermain menggunakan komputernya di biliknya,  beliau kemudiannya ditemui tidak bernyawa oleh bapa saudaranya yang mahu memeriksa keadaannya pada kira-kira pukul 4 petang.

“Saya telah mengingatkan dia berulang kali untuk tidak menghabiskan masa yang terlalu lama dengan bermain komputer tetapi dia tidak pernah dengar nasihat saya,” kata ibunya di bilik mayat Hospital Pulau Pinang pada Selasa.

Upacara persemadian Ong akan dilakukan di krematorium Batu Gantung.

Sumber: terengganutoday.com | gambar sekadar hiasan.

3 comments:

  1. 15 jam main komputer tak cukup lama! Tapi mcm2 cara nyawa boleh diambil. Renung-renungkanlah

    ReplyDelete
  2. Salam broo, Gambar hiasan tu adalah kjadian di Taiwan. Gamers tu maut selepas 40 jam mengadap komputer! Kes ketagihan yang semakin teruk melanda anak2 Malaysia nampaknya.

    ReplyDelete
  3. Aiyakkk! Malaysia pun ada kes macam ni! Selalu cerita pelik2 ni kat China jer.

    ReplyDelete