Jika kita perhatikan, sepanjang dari tahun 2000 hingga 2008 harga runcit minyak RON97 telah meningkat sebanyak 11 kali kepada paras tertinggi RM2.70 seliter pada 4 Jun 2008. Disetiap kenaikan ini, telah dijadikan alasan buat para peniaga untuk menaikkan harga barangan atau perkhidmatan.
Sebagai contoh bila harga minyak runcit naik RM0.05, peniaga telah bertindak menaikan harga setiap minuman sebanyak RM0.10- 0.20. Ini baru contoh harga minuman, belum lagi dikira harga rumah, tambang bas sekolah dan sebagainya. Kerana kenaikan yang dikenakan adalah 10-30% dan ini sudah tentu membebankan pengguna.
Bila ini berlaku, kerajaan dijadikan sasaran mudah dipersalahkan kerana menaikkan harga minyak. Walaupun umum tahu harga minyak terkesan disebabkan harga pasaran dunia yang dikawal oleh negara-negara pengeluar terbesar dunia menerusi organisasi OPEC. Malangnya masih ramai enggan menerima hakikat ini.
Apa yang perlu kita ingat, kenaikan pada 2008 tidak kekal lama, dimana tahun yang sama harga minyak runcit kembali jatuh mendadak sebanyak RM0.90 kepada RM1.80. Namun penurunan ini langsung tidak memberikan sebarang impak positif kepada harga barangan pengguna.
Berikut adalah harga runcit minyak RON97 yang dilihat ketara memberi kesan naik turunnya harga barang.
RON97
Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
23/08/2008 - RM 2.55 (TURUN RM 0.15)
25/09/2008 - RM 2.40 (TURUN RM 0.10)
16/10/2008 - RM 2.30 (TURUN RM 0.10)
01/11/2008 - RM 2.15 (TURUN RM 0.05)
18/11/2008 - RM 2.00 (TURUN RM 0.15)
03/12/2008 - RM 1.90 (TURUN RM 0.10)
16/12/2008 - RM 1.80 (TURUN RM 0.10)
16/05/2009 - RM 1.80 (Tiada Perubahan)
01/09/2009 - RM 2.05 (kenaikan RM 0.25)
16/07/2010 - RM 2.10 (kenaikan RM 0.05)
02/11/2010 - RM 2.15 (kenaikan RM 0.05)
01/12/2010 - RM 2.30 (kenaikan RM 0.15)
.
.
07/03/2014 - RM 2.90 (kenaikan RM 0.60)
19/11/2014 - RM 2.55 (TURUN RM 0.35)
01/01/2015 - RM 2.11 (TURUN RM 0.44)
01/02/2015 - RM 2.00 (TURUN RM 0.11)
Trend ekonomi dunia dinilai tidak menentu pada 2006-2008, ia disebabkan kegagalan institusi kewangan Amerika Syarikat dan dasar ketenteraan Amerika yang rakus menceroboh Timur Tengah. Perkara ini sememangnya menjejaskan harga pasaran minyak.
Keadaan ini dilihat berterusan ketika itu dan kerajaan sudah merangka beberapa strategi antaranya dengan memperkenalkan minyak RON95 berharga RM 1.80 pada September 2009. Kemasukan RON95 ini adalah sebagai pilihan untuk pengguna mendapatkan petrol pada harga lebih rendah.
Namun begitu harga RON95 yang jauh lebih rendah dari RON97 tidak mengubah apa-apa langsung! Harga tak turun! Bertambah Naik adalah! Dari sini kelihatan naik turunnya harga minyak tiada hubungkait yang signifikan kepada harga barangan. Ternyata ini hanya indikasi palsu peniaga dan pembekal untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Berikut adalah harga runcit RON95:
RON95
01/09/2009 - RM 1.80
16/07/2010 - RM 1.85 (kenaikan RM 0.05)
02/11/2010 - RM 1.85 (Tiada Perubahan)
01/12/2010 - RM 1.90 (kenaikan RM 0.05)
.
.
07/03/2014 - RM 2.10 (kenaikan RM 0.20
02/10/2014 - RM 2.30 (kenaikan RM 0.20)
01/12/2014 - RM 2.26 (TURUN RM 0.04)
01/01/2015 - RM 1.91 (TURUN RM 0.35)
01/02/2015 - RM 1.70 (TURUN RM 0.21)
Tindakan peniaga dan pembekal yang sengaja mengaut keuntungan mudah ini adalah PENYANGAK yang merompak rakyat secara licik.
No comments:
Post a Comment