Sunday, December 30, 2018

Inilah Malaysia Baru?? Agama Islam dan Nama Allah Diperlekeh! #PDRM #SKMM #KDN


Penghinaan terhadap Islam semakin menjadi-jadi di era Malaysia Baru ini? Selepas PRU-14 kita dikejutkan dengan pengedaran bible di sekolah di Klang.

Selepas itu kita terima banyak laporan mengenai kumpulan mubaligh kristian yang rancak mendakwah di beberapa lokasi penempatan majoriti Islam.

Kali ini muncul pula makhluk laknat yang menghina Islam terang-terangan di media sosial. Tak sanggup perisik hendak kongsikan segala posting-posting hinaan yang dipaparkan dalam facebook terbabit.

Akaun bernama Saffi ini dilihat seperti akaun palsu. Pemilik akaun terbabit mengaku melayu tapi telah murtad. Hinaan terhadap Islam semakin kerap dikeluarkan di salah sebuah page santai. 

Sila klik pautan bawah:

Sehingga artikel ini dikeluarkan. Posting hinaan terbabit masih kelihatan. Pihak admin page barangkali tidak sedar mengenai posting hinaan yang menyentuh sensitiviti umat Islam ini.

Persoalan lain yang perlu dibangkitkan, apakah akan ada tindakan dari pihak Kerajaan dalam isu ini? PDRM dan SKMM serta Kementerian Komunikasi perlu bertindak segera memberkas pemilik akaun terbabit.

Provokasi sebegini tidak boleh dipandang ringan kerana boleh mencetuskan kemarahan umat Islam!!

#PDRM #SKMM

No comments:

Post a Comment