Sunday, December 30, 2018

LEBUR!! Pelaburan Dana Asing Masuk Sepanjang 2017 Lebur Dalam Masa 8 Bulan Pakatan Perintah!


Tiada sedikit pun pelaburan atau dana yang masuk sepanjang 2017 dapat diselamatkan kerajaan pakatan. Malah lebih besar pelaburan dana asing yang keluar!!

Dari laporan, sejumlah RM10.3 billion yang masuk 2017 telah hangus apabila sebanyak RM11.62 billion aliran dana dibawa keluar sepanjang 8 bulan Pakatan Harapan memerintah! 


Ini berlaku hanya dalam masa kurang 8 bulan Kerajaan Pakatan Harapan memerintah! Laporan menjangkakan angka keluar dana ini akan mendatar dan berakhir pada hujung Disember 2018.

Namun beberapa penganalisis menjangkakan kesan lebih buruk bakal berlaku apabila Negara kehilangan pendapatan dari sumber minyak akibat harga merosot teruk!

Ditambah pula kehilangan pendapatan dari Kelapa Sawit akibat pembeli besar iaitu China berhenti import MSM dari Malaysia. 

Lebih haru apabila perlaksanaan semula sistem cukai yang lemah SST serta kehilangan suntikan pendapatan akibat Tax Holiday yang dilaksanakan kerajaan selepas menduduki tampuk pemerintahan negara!

Terbaru diberitakan lambakan hartanah yang tidak terjual diseluruh negara. Dikatakan 50% hartanah seperti rumah, apartmen dan kondo tidak berjaya dijual.

Banyak laporan dalam dan luar negara menjangkakan kemelesetan ekonomi akan berlaku pada 2019! Melihat kepada situasi ekonomi negara dengan dasar yang kabur. Rakyat Malaysia bakal diheret ke kancah kemelesetan lebih buruk berbanding 1997!

#Fikirfikir



No comments:

Post a Comment